Tuesday, June 21, 2011

CUTI PERISTIWA SEMPENA SUKAN TAHUNAN

Sekolah akan bercuti pada 4 Julai 2011 ( Isnin ) sempena sukan tahunan,

"Selamat Bercuti"

KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN

Sukan Tahunan akan diadakan pada 3 Julai 2011, Ahad dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Semua pelajar dan ibu bapa dijemput hadir.

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Larian di atas akan diadakan pada
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi serentak satu Malaysia
Mula dan Tamat : SK Bukit Kemuning 2
Penyertaan : Diwajibkan semua murid Tahun 4, 5 dan 6
Ibu bapa yang berminat juga boleh turut serta
Jarak Larian : 1.5 km
Hadiah : Johan, Naib Johan dan Ketiga setiap kategori (L4, P4, L5, P5, L6 & P6)

Program dijangka berakhir pada 11 pagi.

HARI BERSAMA PELANGGAN

Hari Bersama Pelangan 2011 akan diadakan seperti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2011
Hari : Jumaat
Masa : Sesi Pagi - 7.45 pg - 11.30 pg
Sesi Petang - 2.45 ptg - 06.00 ptg
Tempat : Kelas masing-masing
Catatan : Pelajar dibenarkan dibawa pulang selepas sesi perbincangan

" Semua ibu bapa dijemput hadir"

Thursday, May 26, 2011

Cuti Pertengahan tahun 2011

Sekolah akan bercuti mulai 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011 selama 2 minggu. Walaupun begitu, semua guru wajibkan hadir pada 30 - 31 Mei 2011 kerana ada Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ).
Pihak sekolah mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI" kepada semua warga sekolah.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan pertengahan tahun 2011 diadakan bermula pada 23 Mei hingga 26 Mei 2011. Semoga semua murid SK Bukit kemuning (2) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik.

Sambutan hari Guru 2011 Peringkat Sekolah




Sambutan Hari Guru bagi tahun 2011 peringkat sekolah diadakan pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ). Persekolahan diadakan satu sesi sahaja. Sambutan dimulai dengan perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan. Semua Guru memperbaharui Ikrar Guru dan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Diakhir perhimpunan, Pn. Hjh. Zaharah ( Guru Besar ) telah sudi memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2011.
Selepas perhimpunan rasmi, aktiviti sukan diantara guru melawan murid diadakan. Guru lelaki bermain bola jaring melawan pasukan sekolah, manakala cikgu perempuan bermain futsal melawan pasukan bolasepak sekolah.
Selepas waktu rehat, semua murid dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan guru dan murid. Persembahan pada hari itu amat hebat belaka. Murid balik pada jam 11.40 pagi.
Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan Hari Guru 2011.