Thursday, October 23, 2008

Cuti Deepavali

23 Okt.08

Sekolah akan bercuti selama 5 hari bermula 25 okt.08 hingga 29 okt.08 sempena perayaan Deepavali. Sekolah akan dibuka semula pada 30 okt.08.

Pihak sekolah mengucapkan " Selamat Menyambut Perayaan Deepavali" kepada murid dan ibu bapa yang menyambut perayaan Deepavali.

Selamat Bercuti

Peperiksaan Akhir Tahun 2008

20 Okt.08

Peperiksaan Akhir Tahun 2008 akan bermula pada 20 okt.08 hingga 24 okt.08. Diharap semua murid sudah membuat ulangkaji dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan ini. Jika murid menghadapi masalah sepanjang peperiksaan ini, ibu bapa boleh hubungi pihak sekolah untuk berbincang.

"Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan Ini"

Cuti

19 Okt. 08

Sempena Hari Kokurikulum yang diadakan hari ini, pihak sekolah telah mengambil cuti peristiwa pada 20 okt.08 ( Isnin ). Semua murid diberikan cuti 1 hari sahaja. Hari Selasa persekolahan seperti biasa. Murid-murid dikehendaki membuat ulangkaji kerana peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 21 okt08 -24 okt.08.

"Do The Best To Be The Best"

Friday, October 17, 2008

Hari Kokurikulum 2008

17 Okt. 08

Hari Kokurikulum SK Bukit Kemuning 2 di bawah kelolaan unit Ko-kurikulum akan diadakan pada 19 Okt. 08 (Ahad). Pada hari tersebut beberapa perlawanan akhir pertandingan yang dianjurkan sempena minggu PJK akan diadakan. Pertandingan tersebut ialah Bolasepak, Bola jaring, Ping-pong, Bola Baling dan catur.

Hari Kokurikulum akan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak anda.

Pertandingan Sukaneka


17 Okt. 08

Pertandingan Sukaneka Tahap 1 diadakan di Dataran Perhimpunan pada jam 8.00 pagi - 10.00 pagi. Semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 3 terlibat dalam sukaneka ini. Pertandingan diadakan mengikut kelas dan hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.


Pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pula, setiap kelas mengadakan jamuan kelas. Pihak kantin telah bermurah hati memberi sumbangan ais krim pada setiap orang murid. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.

Wednesday, October 15, 2008

Pertandingan Catur


16 Okt.08


Pertandingan Catur Terbuka sempena Minggu PJK diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Seramai 40 orang peserta murid Tahap 2 mengambil bahagian. Pertandingan ini diadakan secara "kalah-mati". Pihak penganjur mendapati terdapat ramai peserta yang berbakat kerana banyak perlawanan berlangsung dengan sengitnya. Pertandingan ini dibawah kelolaan Cik Tay Bee Lai.

Menurutnya beliau, pusingan keempat dan akhir akan diadakan pada 19 Okt. nanti. Semua peserta yang layak ke pusingan keempat dikehendaki hadir pada hari tersebut.

Happy Birthday - Pra Sekolah


15 Okt.08

Pra Sekolah telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran beberapa orang murid Pra Sekolah. Ibu Bapa murid pra sekolah yang menyambut ulang tahun kelahiran turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Majlis ini dikendalikan oleh guru pra sekolah iaitu Pn. Roslinawati Ibrahim bersama Cik Farah Waheeda.

"Happy Birthday To You"

Lawatan Ke Kuala Lumpur

13 Okt.08

Program lawatan ke Kuala Lumpur anjuran Panitia Pendidikan Sivik bersama Unit Bimbingan & kaunseling SK Bukit Kemuning 2 di tunda ke 5 Nov.08 ( Untuk Tahun 4 ) dan 6 Nov.08 ( untuk Tahun 3 ). Lawatan tersebut di tunda kerana peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada tarikh asal lawatan tersebut.Senarai peserta lawatan akan disiarkan dan ditampal di papan kenyataan bilik Unit Bimbingan & Kaunseling dalam masa terdekat. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan lawatan tersebut, sila berhubung terus dengan Cikgu Azmirudin. Segala kesulitan amat dikesali.

Jadual Lawatan

7.30 pg - bertolak ke KLCC
9.00 pg - Lawatan ke PETROSAINS, KLCC
11.00 pg - Lawatan ke Aquaria KLCC
1.00 ptg - Makan tengah hari ( KFC )
2.00 ptg - Lawatan ke Muzium Telekom
4.30 ptg - lawatan ke Muzium Polis
6.00 ptg - Bertolak Pulang
7.00 ptg - Dijangka tiba di SK Bukit Kemuning 2.

"Luaskan Pengalaman Anda"

Pelancaran Miggu PJK

13 Okt. 08

Pelancaran Minggu PJK akan diadakan pada 13 Okt.08 semasa perhimpunan rasmi. Minggu PJK akan diadakan sepanjang minggu hingga kemuncaknya pada 19 Okt.08 ( Ahad ). Berbagai pertandingan sukan diadakan seperti pertandingan bolasepak, bola jaring, bola baling, ping pong, pertandingan catur dan lain-lain lagi. Pada 19 Okt.08 ( Ahad ), Pertandingan akhir bagi semua pertandingan tersebut akan diadakan.Ibu bapa di jemput datang untuk memberi sokongan. "Sokongan anda menjadi inspirasi kejayaan anak-anak anda"Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan Cikgu Zulkifli.

"Do The Best and Be The Best"

Monday, October 13, 2008

Pembuka Tirai



13 Okt. 08


Salam semua...Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu.


bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izinNya, saya dapat mengadakan satu blog untuk tatapan semua terutama untuk warga SK Bukit Kemuning 2 dan juga Ibu bapa kepada murid SK Bukit Kemuning 2.


Diharap dengan adanya blog ini, ianya akan menjadi satu sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkembangan sekolah.


Anda semua juga dialu-alukan untuk memberi pandangan atau idea-idea untuk memajukan lagi SK Bukit Kemuning 2 dan juga blog ini.


Segala pendapat atau idea-idea yang diberi amat dihargai.





Sesungguhnya segala kekurangan itu adalah dari saya dan saya akan sentiasa belajar dari kesilapan itu. Sekian.

ikhlas dari

Cikgu Azmirudin Mohd Yunus

Guru Bimbingan Sekolah Rendah

SK Bukit Kemuning 2