Wednesday, December 30, 2009

Pembayaran Yuran Sekolah 2010.

Pihak sekolah akan mengadakan kutipan yuran sekolah bagi tahun 2010 pada ketetapan berikut :
Tarikh : 2 Januari 2010 ( SABTU )
Masa : 10 pagi.
Tempat : SK Bukit Kemuning 2.

* Ibu Bapa digalakkan hadir pada hari tersebut ( Sabtu ) untuk menggelakkan gangguan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid pada hari pertama persekolahan nanti.

Saturday, December 5, 2009

Berita Terkini

Berita Terkini :
Sesi Persekolahan SK Bukit Kemuning 2 bagi Tahun 2010.
Sesi Pagi : Tahun 1, 5 dan 6
Sesi Petang : Tahun 2, 3 dan 4.

*Satu Majlis Suaikenal Tahun 1 ( 2010 ) akan diadakan pada 2 Januari 2010 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Semua murid tahun 1 ( 2010 ) diwajibkan hadir bersama ibu bapa masing-masing.

Saturday, November 21, 2009

Selamat Bercuti

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru SK Bukit Kemuning 2. Pihak sekolah menasihatkan agar sepanjang bercuti ini, berhati-hatilah apabila melakukan sesuatu aktiviti. Pastikan kamu semua tidak bermain air banjir ( jika balik kampung ). Jangan lakukan perkara atau aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan kamu dan orang lain.
Kepada yang pergi makan angin sama ada dalam negara atau luar negara, nikmatilah percutian dan bergembiralah bersama keluarga...

Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 telah diumumkan oleh En. Mohd Walid B. Mohd Ibrahim ( GPK Kurikulum ) pada 19/11/2009 jam 11.30 pagi.
Pada tahun ini, seramai 33 orang telah mendapat 5A. Peratus lulus secara keseluruhan telah meningkat kepada 87.4%.
Tahniah buat semua......U all is the best!

Thursday, November 19, 2009

Hari Penyampaian Hadiah 2009

Pihak sekolah telah mengadakan majlis Hari Penyampaian hadiah pada 19 November 2009 9 Khamis ) di dewan Terbuka. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-akademik. Hampir 100 orang murid menerima hadiah di atas kecemerlangan masing-masing.

Wednesday, November 18, 2009

Majlis Graduasi Tahun 6 2009



Majlis Graduasi Tahun 6 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 10 November 2009 di Dewan Terbuka, SK Bukit Kemuning 2. Majlis ini diadakan sebagai simbol bahawa murid Tahun 6 telah tamat belajar di SK Bukit Kemuning 2.
Majlis ini bermula jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Puan Zaharah Bt. Hassan ( Guru Besar ) telah sudi menyampaikan sijil tamat persekolahan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Puan Mimi Nurliana Lim Bt. Abdullah.

Monday, November 9, 2009

Minggu Kokurikulum 2009

Minggu Kokurikulum dijalankan mulai 9 November 2009 hingga 13 November 2009. Banyak acara suka akan dijalankan seperti perlawanan bolasepak, bola jaring, sukaneka dan lain-lain lagi.
Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 digalakkan menyertai aktiviti sepanjang minggu kokurikulum.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ajukan pertanyaan kepada Cikgu Norazman.

Trip Ke Genting Highland




Pihak Sekolah di bawah Unit Bimbingan & kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting Highland pada 7 November 2009 ( Sabtu ).
Seramai 120 orang murid Tahun 4,5 dan 6 di iringi 12 orang guru telah menyertai lawatan ini. Dalam lawatan ini, semua peserta menikmati permainan outdoor dan indoor Taman Tema, percuma coklat dari Berry's Chocolate, Lawatan ke bilik pameran "Ripley's believe it or not"dan Snow World.

Sunday, October 25, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009 akan diadakan pada 27 Oktober hingga 30 Oktober 2009. Surat makluman dan jadual peperiksaan telah pun diedarkan. Diharap semua murid SK Bukit Kemuning 2 membuat persediaan dengan membuat ulangkaji pelajaran.
"Do Your Best And Always Be The Best"

Friday, October 16, 2009

Selamat Menyambut Deepavali 2009

Pihak sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga SKBK2 yang beragama Hindu. Semoga anda semua ceria dan gembira menyambut Deepavali. Sempena Deepavali, Sekolah akan bercuti bermula Jumaat (16/10/09) hingga Isnin (19/10/09). Sekolah akan dibuka semula pada Selasa ( 20/10/09). Selamat bercuti dan menyambut Deepavali.

Friday, October 2, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2009


Sambutan Hari Kanak-Kanak telah berjaya diadakan pada 2 Oktober 2009. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan selepas itu diadakan persembahan pakaian beragam untuk Tahap 1 serta persembahan nyanyian dan tarian oleh murid Tahap 2. Selepas itu, jamuan kelas diadakan di kelas masing-masing. Pihak Nestle Product Sdn. Bhd. serta Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. berbesar hati memberi sumbangan berbentuk minuman MILO dan twiggies. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan Hari Kanak-Kanak 2009.

Monday, September 28, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2009


Pihak sekolah akan mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak pada 2 Oktober 2009 ( Jumaat ). Pada hari tersebut akan diadakan persembahan pakaian beragam untuk Tahu 1,2 dan 3. Tahun 4,5 dan 6 pula akan mengadakan persembahan nyanyian dan tarian.
Selepas waktu rehat, setiap kelas akan mengadakan jamuan sempena Hari Kanak-Kanak 2009. Semua warga SK Bukit Kemuning 2 dimestikan hadir pada hari tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009


Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009" kepada semua murid, guru, kakitangan dan pentadbir SK Bukit Kemuning 2. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009, Sekolah akan mula bercuti pada 18 September ( Jumaat ) hingga 27 September 2009 ( Ahad ). Persekolahan akan berjalan seperti biasa mulai 28 September 2009." SELAMAT BERCUTI"..

Wednesday, September 9, 2009

Peperiksaan UPSR 2009

Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bermula pada 8 September ( Selasa ) hingga 10 September 2009 ( Khamis ). Seramai 174 orang murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan.
"Do your best and God do the rest"

Majlis Mohon Restu Tahun 6




Majlis Mohon Restu untuk Tahun 6 telah diadakan pada 4 September 2009 ( Jumaat ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha agar murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR akan berasa tenang dan mengetahui bahawa pihak sekolah dan semua guru memberi sokongan untuk berjaya.
Dalam majlis ini juga, Guru Penolong Kanan Kurikulum( En. Mohd Ibrahim B. Mohd Walid ) dan Guru Besar ( Pn. Zaharah Bt. Hassan ) mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat untuk murid Tahun 6.
Di akhir majlis, semua murid Tahun 6 bersalaman memohon restu dengan semua guru SK Bukit Kemuning 2.

Sunday, August 23, 2009

Hari Merdeka

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 kepada semua warga sekolah. Semaikan semangat patriotik di kalangan kita. Kibarkanlah jalur gemilang pada hari tersebut.

Selamat Bercuti dan Berpuasa.

Cuti persekolahan akan bermula pada 22 Ogos 2009 hingga 31 Ogos 2009. Sekolah akan dibuka semula pada 1 September 2009 ( Selasa ). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan kepada murid Tahun 6, sepanjang cuti ini, jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan UPSR sudah semakin hampir iaitu pada 8 September 2009.
Pihak sekolah juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga sekolah yan beragama Islam. Semoga puasa anda penuh dengan ketaqwaan dan keberkatan.

Wednesday, August 12, 2009

Program Solat Hajat Perdana 2009




Pihak sekolah dibawah Panitia Agama Islam dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Solat Hajat Perdana 2009 pada 14 Ogos 2009 di SK Bukit Kemuning 2. Murid yang terlibat ialah murid Tahun 5 dan 6.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar sekolah selamat dari sebarang musibah dan juga untuk kejayaan murid menghadapi peperiksaan UPSR 2009 dan 2010. Semoga dengan salah satu usaha ini, kejayaan murid didalam UPSR akan meningkat lagi.
Ibu bapa murid Tahun 5 dan 6 ramai juga yang hadir ke program ini. Majlis bermula dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Ya'asin, Solat Isyak dan Solat hajat. Selepas itu,ada sedikit jamuan untuk semua yang hadir. Majlis selesai pada jam 10.00 malam.

Monday, August 3, 2009

Pembatalan Akt. Ko-Kurikulum

Pihak sekolah memaklumkan bahawa aktiviti ko-kurikulum pada 4 Ogos 2009 ( SELASA ) ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Begitu juga dengan program teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains. Sebarang masalah yang timbul dari penundaan aktiviti ini adalah amat dikesali. Minta kerjasama semua murid Tahap 2 dan Tahun 6 untuk memaklumkan kepad rakan-rakan.

Sunday, August 2, 2009

Penyakit H1N1

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah telah mengadakan saringan murid-murid yang mengalami demam, selsema dan batuk. Hampir 70 orang murid yang didapati demam, selsema dan batuk dikehendaki pulang awal untuk mendapatkan rawatan.
Pihak sekolah mengingatkan semua murid SKBK2, Jika anda mempunyai simptom demam, selsema dan batuk, anda tidak digalakkan hadir ke sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya penyebaran H1N1 dikalangan murid sekolah SKBK2.

Friday, July 31, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur



Panitia Sains dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan lawatan ke KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2009. Seramai 85 orang murid Tahun 3 & 4 telah menyertai program ini.

Tuesday, July 28, 2009

Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR 2009

Teknik menjawab Bahasa Inggeris telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Dewan SK Bukit Kemuning 2. Program ini bermula pada jam 2.00 petang hinggan jam 4.30 petang. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir. Pihak sekolah menjemput Pn. Manisah dari SK Sri Muda, Shah Alam untuk memberi ceramah. Beliau adalah guru yang amat berpengalaman dan selalu terlibat dengan penggubalan modul mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Monday, July 20, 2009

Pelancaran Safetython 2009

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2 dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan kempen keselamatan jalanraya peringkat sekolah pada 23 Julai 2009 (Khamis) nanti. Program ini yang dinamakan Safetython akan dirasmikan oleh Dato' Suresh Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Majlis akan dimulakan pada jam 11 pagi. Oleh itu, semua dijemput hadir ke majlis tersebut.

Saturday, July 18, 2009

Minggu HEM





MInggu Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah diadakan pada 13 Julai 2009 hingga 17 Julai 2009.Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang minggu Unit HEM seperti :

Senamrobik- dijalankan setiap pagi bermula jam 7.30 - 7.40 pagi. Aktiviti ini dibawah kelolaan unit kesihatan.

Kutipan Syilling Tabung MAKNA ( Majlis Kanser Nasional )- dilancarkan pada 13 Julai. Murid digalakkan menderma seikhlas hati untuk tabung ini. Program ini dibawah seliaan unit kebajikan.

Ceramah Penjagaan Kesihatan - dijalankan pada hari Rabu, 15 Julai 2009 jam 8.30 pg hinggan 9.40 pagi. Penceramah jemputan dari syarikat Kao Feather iaitu Pn. Azni telah dijemput untuk memberi penerangan khas penjagaan kesihatan untuk murid perempuan Tahun 4 dan 5. Tahun 6 dikecualikan kerana menghadapi peperiksaan. Aktiviti ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.

Ceramah Pencegahan Jenayah dan pameran kemalangan jalanraya telah diadakan pada hari Khamis, 16 Julai 2009. Ceramah diadakan di tempat perhimpunan dan pameran diadakan di dewan terbuka. Semua murid terlibat dalam program ini. Program ini dikendalikan oleh unit Disiplin.

Pertandingan Buku Cantik - dikendalikan oleh unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari Selasa, 14 Julai 2009. Buku yang tercantik dan kemas akan dipilih sebagai pemenang.

Pertandingan Membina model makanan berkhasiat - diadakan pada 17 Julai, khamis. Pertandingan ini dikendalikan oleh unit kantin.

Latihan kecemasan - diadakan pada 17 Julai 2009, Jumaat. Latihan ini dikendalikan oleh unit keselamatan.

Wednesday, July 15, 2009

Pecutan Akhir UPSR 2009 & Perjumpaan Ibu Bapa






Pihak sekolah mengadakan program Pecutan Akhir UPSR 2009 dan juga perjumpaan ibu bapa murid Tahun 6 pada 11 Julai 2009 ( Sabtu ) yang lalu.
Dalam program Pecutan Akhir UPSR 2009, En. Mohd Ibrahim B.Mohd Walid, GPK Kurikulum telah memberi ceramah motivasi kepada murid Tahun 6. Tujuannya ialah untuk murid Tahun 6 berada di landasan untuk menghadapi peperiksaan UPSR 200 nanti.
Dalam perjumpaan dengan ibu bapa, pihak sekolah menerangkan perjalanan aktiviti bagi murid Tahun 6 sebelum peperiksaan UPSR 2009. Beberapa aktiviti telah dirancang seperti Gerak Gempur, Bacaan Yaasin dan solat hajat setiap hari jumaat, kelas tambahan, program mohon restu dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, semua murid Tahun 6 yang hadir telah melafazkan ikrar untuk cemerlang di dalam UPSR 2009 dihadapan ibu bapa mereka sendiri.

Monday, July 13, 2009

Teknik Menjawab Matematik UPSR 2009

Pihak sekolah akan mengadakan teknik menjawab Matematik UPSR 2009 pada 14 Julai 2009 ( Selasa ). Program akan bermula pada jam 2 petang hingga 4.30 petang. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir.

Sunday, June 28, 2009

Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR 2009

Pihak sekolah akan mengadakan Program Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR 2009 pada 30 Jun 2009 ( Selasa) jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan terakhir tentang cara menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR nanti. Pihak sekolah telah menjemput penceramah luar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Bahasa Melayu dan juga merupakan penanda kertas peperiksaan Bahasa Melayu UPSR setiap tahun.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari Selasa pada waktu ko-kurikulum. Oleh itu, semua murid Tahun 6 akan dikecualikan dari menghadiri ko-kurikulum.

* Terima kasih atas komen-komen dari pengunjung blog ini. Jika ada pandangan atau mahu kongsi idea, anda boleh email kepada saya melalui kaunselingskbk2@yahoo.com.

Thursday, June 25, 2009

Persekolahan Hari Sabtu

Pada 27 Jun 2009 ( Sabtu ) adalah hari persekolahan bagi murid SK Bukit Kemuning (2). Persekolahan mengikut jadual hari Jumaat. Ini adalah untuk menggantikan cuti Hari Raya nanti.
Diharap semua murid dapat menghadirkan diri pada 27 Jun 2009.


*Nota tambahan : Surat berkaitan pembayaran operasi sekolah dan hari bertemu pelangan telah pun diedarkan kepada semua murid sebelum 19 Jun 2009.

Sunday, June 21, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform 2009






Unit Beruniform telah mengadakan Perkhemahan Tahunan di Kem Ezzhar, Morib pada 19 - 21 Jun 2009. Seramai 80 orang peserta dari setiap unit uniform menyertai perkhemahan tersebut. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memberi kenyakinan dan juga mengenalpasti kemahiran yang telah dipelajari dapat dipraktikkan semasa perkhemahan.

Hari Bersama Pelanggan & Bayaran Operasi Sekolah 2009



Pihak sekolah telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan (Ibu Bapa) dan bayaran operasi sekolah 2009 pada 19 Jun 2009 ( Jumaat ) bermula ja 8 pagi hingga 11 pagi. Ramai ibu bapa hadir untuk berbincang dengan guru dan menerima rekod profil peperiksaan pertengahan tahun lalu.
Ramai ibu bapa juga membuat pembayaran operasi sekolah bagi sesi 2009.

Monday, June 15, 2009

Pentas Baru.


Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Bukit Kemuning (2) telah menyiapkan sebuah pentas di Dewan Terbuka pada masa cuti baru-baru ini. Dengan adanya pentas baru ini, pelbagai aktiviti akan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga pentas ini agar ianya sentiasa bersih dan cantik.

Monday, June 8, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur

Panitia Pendidikan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke PetroSains,Aquaria (KLCC), Muzium Polis dan Muzium Negara pada 22 Julai 2009. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Lawatan ini hanya terbuka untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja. Jumlah peserta lawatan ialah seramai 80 orang sahaja. Oleh itu, pihak sekolah akan mengutamakan "siapa cepat dia dapat". Untuk penerangan lebih lanjut sila berhubung dengan Cikgu Siti Syahirah atau Cikgu Azmirudin selepas cuti persekolahan nanti.

Tuesday, May 26, 2009

Majlis Persaraan Guru


Pada hari Jumaat, 29 Mei 2009, Pihak sekolah akan mengadakan majlis persaraan Puan Tan. Majlis ini akan diadakan di tempat perhimpunan bermula jam 7.40 hingga 9 pagi. Puan Tan adalah salah seorang guru yang amat komited dengan tugasnya. Persaraannya amat dirasai oleh pihak sekolah. Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT BERSARA" kepada Puan Tan.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

"HAPPY TEACHER'S DAY" untuk semua guru SK Bukit Kemuning (2). Diharap cikgu semua akan mendidik anak murid cikgu dengan penuh semangat dan dedikasi. U always do the best for your pupils...TQ, teachers.

Saturday, May 9, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 11 Mei 2009 hingga 14 Mei 2009. Oleh itu semua murid SK Bukit Kemuning (2) bersedia menghadapi peperiksaan tersebut. Jangan lupa baca buku dan membuat ulangkaji topik-topik yang lepas.
"SEMOGA BERJAYA"

Thursday, May 7, 2009

Happy Mother's Day

Dont forget to wish "Happy Mother's Day" to your mum. Always love your mum...10th May 2009.

Wednesday, May 6, 2009

Kursus Kepimpinan Daerah Klang 2009


Kursus Kepimpinan Sekolah Rendah Daerah Klang bagi tahun 2009 telah diadakan pada 6 Mei 2009 ( Rabu ) di SJK (C) Pandamaran "A, Pelabuhan Klang. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan menjadi pemimpin sekolah yang cemerlang. Seramai 4 orang Pengawas sekolah telah dipilih untuk menyertai kursus ini. Diharap mereka yang menyertai kursus ini menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang cemerlang di sekolah.

Sunday, May 3, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 akan diadakan pada 11 Mei hingga 14 Mei 2009. Diharap semua murid membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini. Jaga kesihatan supaya anda dapat hadir ke sekolah pada masa peperiksaan nanti.
"ALWAYS BE THE BEST"

Terkini : Jadual peperiksaan telah pun mula diedarkan
kepada murid oleh guru kelas pada 5 Mei 2009.

Sunday, April 26, 2009

Hari Sukan 2009





Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2) 2009 telah diadakan dengan jayanya pada 25 April 2009 ( Sabtu ). Perasmian dilakukan oleh Puan Zaharah Bt. Hassan, Guru Besar SK Bukit Kemuning (2). Beberapa acara balapan telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya lari 100m, Lari 80m, Lari 200m, Lari 4x50m, 4x100m. Pertandingan tarik tali peringkat akhir juga diadakan di akhir kejohanan. Rumah Kuning telah muncul sebagai juara keseluruhan pada kejohanan kali ini. Kejohanan berakhir pada jam 1.30 petang. Tahniah kepada yang berjaya memenangi pingat dan yang kurang berjaya, cuba lagi di tahun 2010.

Tuesday, April 21, 2009

Hari Sukan 2009

Hari Sukan sekolah akan diadakan pada 25 April 2009 ( Sabtu ). Oleh itu semua ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan tersebut. Acara untuk ibu bapa juga diadakan pada hari tersebut. Bermula pada minggu ini, beberapa acara telah pun dijalankan seperti pertandingan lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan beberapa acara balapan.

Friday, April 10, 2009

Pembatalan Sesi Mengambil Gambar Kelas

Sesi Pengambilan gambar kelas terpaksa dibatalkan pada minggu hadapan kerana ada beberapa perkara yang perlu diutamakan dahulu. Sesi pengambilan gambar akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami memohon maaf atas pembatalan sesi pengambilan gambar ini.

Wednesday, April 8, 2009

Sesi Pengambilan Gambar Kelas


Pada minggu hadapan, sesi pengambilan gambar kelas akan diadakan. Untuk Tahun 1,2 dan 3 sesi pengambilan gambar akan dibuat pada hari Selasa dan Pada hari Rabu untuk Tahun 4,5 dan 6. Pengambilan gambar akan dilakukan oleh Cikgu Azmirudin. Diharap semua murid dapat menghadirkan diri pada minggu hadapan. Murid boleh membuat tempahan gambar tersebut melalui guru kelas masing-masing dengan bayaran RM1 sekeping.

Ujian Kali ke-2

Pada minggu ini, ujian kali ke-2 akan bermula pada 7 April hingga 9 April 2009. Jadual ujian kali ke-2 ini telah pun dimaklumkan kepada semua murid. Diharap semua murid sentiasa membuat ulangkaji. Semoga Berjaya.

Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung PIBG 2009







Mesyuarat Agung PIBG 2009 telah berjaya diadakan pada 28 Mac 2009 yang lalu. Seramai 150 orang ahli PIBG ( termasuk guru 45 orang ) telah hadir ke mesyuarat tersebut. Pada mesyuarat kali ini, Pn. Mimi Nurliana Lim Bt. Abdullah telah berjaya mengekalkan jawatan Yang Di Pertua (YDP) PIBG untuk sesi 2009/2010.



Beberapa usul telah berjaya diluluskan dan PIBG akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melaksanakan usul-usul tersebut. Turut diluluskan ialah usul untuk pembayaran yuran sekolah pada tahun ini iaitu sebanyak RM38.50 seorang murid dan juga sumbangan kepada tabung PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga.



Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG yang baru. Semoga kita semua bekerjasama untuk memperhebatkan lagi pencapaian akademik dan ko-akademik murid Sk Bukit Kemuning 2. Mesyuarat tamat hampir pada jam 1 petang.

Thursday, March 26, 2009

Latihan Rumah Sukan 2009

Latihan rumah sukan untuk setiap rumah sukan telah pun bermula pada minggu ini. Semua murid di minta memakai baju sukan mengikut rumah sukan masing-masing setiap kali pada waktu PJK. Buat masa sekarang, Tahun 1 dikecualikan memakai baju sukan kerana pihak sekolah dalam proses menempah baju sukan.
Aktiviti Ko-Kurikulum pada hari Selasa pada jam 4 petang hingga 5.30 petang telah diganti dengan latihan rumah sukan untuk tahun 4,5 dan 6. Pada tahun ini, Hari Sukan sekolah telah ditetapkan pada 25 April 2009 ( Sabtu ). Semua murid digalakkan terlibat didalam Hari sukan tahun ini.

Monday, March 23, 2009

Pertandingan Choral Speaking Daerah Klang.




Pertandingan Choral Speaking Daerah Klang akan diadakan pada 26 Mac 2009 di SK Bukit Tinggi, Klang. Sekolahnya bersebelahan dengan pasaraya TESCO Bukit Tinggi. SK Bukit Kemuning 2 turut menyertai pertandingan ini. Latihan giat dijalankan terutama semasa cuti sekolah baru-baru ini. Pasukan ini dibawah kendalian Cikgu Rathiga. Semoga pasukan sekolah akan menjadi juara Daerah Klang sekali lagi. Kami semua mendoakan kejayaan anda...
TERBARU : Pada Pertandingan Choral Speaking Daerah Klang, SekolahKebangsaan Bukit Kemuning 2 telah mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SKBK2.

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kemuning 2 bagi tahun 2009
akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 Mac 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

8.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi.
9.15 pagi - Majlis Perasmian oleh Timbalan Pegawai
Pelajaran Daerah Klang.
9.45 pagi - Mesyurat Agung PIBG bermula.

Semua ibu bapa kepada murid SK Bukit Kemuning 2 dijemput hadir.
Banyak perkara terutama berkaitan yuran persekolahan 2009 akan
dibincangkan didalam mesyuarat ini.

Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul




Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mac 2009 ( Jumaat ). Walaupun perarakan terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan, sambutan tetap diteruskan di dewan terbuka. Acara sambutan bermula dengan semua murid membaca salawat ke atas Nabi. Selepas itu, satu ceramah berkenaan sejarah Nabi telah disampaikan oleh Ustaz Sabaruddin. Nyanyian nasyid dan pertunjukkan busana muslim memeriahkan lagi sambutan kali ini. Semua murid bukan Islam terlibat dengan aktiviti moral ketika sambutan ini berjalan.

Tuesday, March 10, 2009

Cuti Pertengahan Penggal

Cuti Pertengahan Penggal akan bermula pasa 14 Mac 2009 ( Sabtu ) hingga 22 mac 2009 ( Ahad ). Sekolah akan dibuka seperti biasa bermula 23 Mac 2009 ( Isnin ). Diharap semua murid SK Bukit kemuning 2 tidak abaikan pelajaran walaupun dalam bercuti. SELAMAT BERCUTI...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 13 Mac 2009 ( Jumaat ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Sambutan akan dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul di sekitar sekolah. Selepas itu, ada ceramah berkenaan maulidur Rasul oleh Ustaz Sabaruddin. Murid-murid bukan beragama Islam akan terlibat dengan aktiviti Pendidikan Moral ketika sambutan ini berlangsung. Semua murid Islam dimestikan memakai baju melayu ( untuk lelaki ) dan baju kurung ( untuk perempuan ) pada hari tersebut. Murid bukan Islam mesti memakai uniform sekolah.

Sumbangan

Kepada ibu bapa yang berminat untuk memberi sumbangan dalam bentuk perkongsian bersama dengan pihak sekolah dan murid SK Bukt Kemuning 2 boleh menghubungi Cikgu Azmirudin -Guru Kaunseling ( email : kaunselingskbk2@yahoo.com ) Jika tuan/puan mempunyai maklumat-maklumat atau poster-poster seperti anti dadah, anti buli, sikap yang baik, nilai-nilai murni dan lain-lain lagi. Tuan puan boleh berkongsi bersama dengan murid SK Bukit Kemuning 2 agar kedua-dua pihak mendapat kebaikan.
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan.

Monday, March 9, 2009

Bolasepak-perlawanan persahabatan.

12.10 Tengah hari :- Pada petang ini, Hari Selasa jam 4 petang pasukan Bolasepak SK Bukit Kemuning 2 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Sungai Kapar Indah. Perlawanan akan diadakan di padang Doritis. Warga SK Bukit Kemuning 2 dan Ibu Bapa diminta hadir untuk memberi sokongan.

10.30 malam :- Perlawanan persahabatan dengan SK Sungai Kapar Indah bermula jam 4.50 petang dan tamat pada jam 5.50 petang. Keputusan perlawanan tersebut dimenangi oleh SK Bukit Kemuning 2 dengan jaringan 6-2. Syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak sekolah.

Ko-Kurikulum mingguan

Pada minggu ini, aktiviti ko-kurikulum akan diadakan seperti biasa iaitu hari Selasa jam 4 petang - 5.30 petang. Pada minggu ini, giliran Kelab dan Persatuan. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 diwajibkan hadir.

Sunday, March 8, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Sekolah akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 9 Mac 2009 ( Isnin ). Sekolah akan dibuka semula pada 10 Mac 2009 ( Selasa ). Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan semoga semua warga Islam SK Bukit Kemuning 2 mencontohi keperibadian Rasulullah s.a.w.

Thursday, February 26, 2009

Kem Bistari Solat Siri 1/2009

Kem Bistari Solat Siri 1/2009 peringkat sekolah akan diadakan pada 28 Feb. 2009 di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Semua murid Tahun 1,2,3 dan 4 diwajibkan menghadiri Kem Bistari Solat ini. Program akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang ( selepas Solat Zohor berjemaah di Surau bersebelahan sekolah ). Program ini dikendalikan oleh Ustaz Sabaruddin.

Sunday, February 22, 2009

Ujian 1

Ujian kali 1 akan diadakan pada 24 Februari hingga 26 Februari. Jadual ujian telah pun diedarkan kepada semua murid. Pastikan anda membuat ulangkaji agar anda sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Semoga berjaya.

Saturday, February 21, 2009

Kem Kepimpinan Murid 2009




Kem Kepimpinan Murid 2009 peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Februari hingga 21 Februari 2009. Kem Kepimpinan ini adalah salah satu program yang wajib dijalankan setiap tahun. Sasaran peserta ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Program ini bertujuan untuk melatih pemimpin kecil di sekolah agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi.



Seramai 144 orang peserta telah mengikuti progam ini. Beberapa aktiviti yang menguji kekuatan mental dan fizikal peserta telah diadakan seperti Larian Lasak, Bergayut menggunakan tali, merangkak di dalam lumpur dan juga permainan burung hantu.



Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Ibrahim B. Mohd Walid sudi melapangkan masa untuk menyempurnakan majlis perasmian penutup. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari.






Tahniah diucapkan kepada peserta kerana berjaya mengharungi ujian dan halangan sepanjang program ini. Pastikan anda menjadi pemimpin yang cemerlang.



Friday, February 6, 2009

Email

Pihak kami cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jika anda ada cadangan atau komen yang hendak dikemukakan kepada pihak sekolah, anda boleh email kepada alamat email berikut : kaunselingskbk2@yahoo.com. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan idea dari anda semua.

Guru Baru
















Pada awal tahun ini, SK Bukit Kemuning 2 menerima kehadiran 5 orang guru baru. Mereka ialah Pn. Rohayu Bt. Abdul Rahman ( Guru Pemulihan ), En. Zaili B. Jamal ( Guru kelas 2 Mokara ), Pn. Yusnita Bt. Hussien ( Guru Kelas 1 Mokara ), Pn. Asliza Nove Bt. Mohd Sobali ( Guru Kelas 3 Aranda ) dan Cik Rosnina Bt. Abd. Rahman. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai warga SK Bukit Kemuning 2. Semoga dengan kehadiran guru-guru baru ini, SK Bukit Kemuning terus cemerlang, gemilang dan terbilang.