Thursday, February 26, 2009

Kem Bistari Solat Siri 1/2009

Kem Bistari Solat Siri 1/2009 peringkat sekolah akan diadakan pada 28 Feb. 2009 di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Semua murid Tahun 1,2,3 dan 4 diwajibkan menghadiri Kem Bistari Solat ini. Program akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang ( selepas Solat Zohor berjemaah di Surau bersebelahan sekolah ). Program ini dikendalikan oleh Ustaz Sabaruddin.

Sunday, February 22, 2009

Ujian 1

Ujian kali 1 akan diadakan pada 24 Februari hingga 26 Februari. Jadual ujian telah pun diedarkan kepada semua murid. Pastikan anda membuat ulangkaji agar anda sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Semoga berjaya.

Saturday, February 21, 2009

Kem Kepimpinan Murid 2009




Kem Kepimpinan Murid 2009 peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Februari hingga 21 Februari 2009. Kem Kepimpinan ini adalah salah satu program yang wajib dijalankan setiap tahun. Sasaran peserta ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Program ini bertujuan untuk melatih pemimpin kecil di sekolah agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi.



Seramai 144 orang peserta telah mengikuti progam ini. Beberapa aktiviti yang menguji kekuatan mental dan fizikal peserta telah diadakan seperti Larian Lasak, Bergayut menggunakan tali, merangkak di dalam lumpur dan juga permainan burung hantu.



Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Mohd Ibrahim B. Mohd Walid sudi melapangkan masa untuk menyempurnakan majlis perasmian penutup. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari.






Tahniah diucapkan kepada peserta kerana berjaya mengharungi ujian dan halangan sepanjang program ini. Pastikan anda menjadi pemimpin yang cemerlang.



Friday, February 6, 2009

Email

Pihak kami cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jika anda ada cadangan atau komen yang hendak dikemukakan kepada pihak sekolah, anda boleh email kepada alamat email berikut : kaunselingskbk2@yahoo.com. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan idea dari anda semua.

Guru Baru
















Pada awal tahun ini, SK Bukit Kemuning 2 menerima kehadiran 5 orang guru baru. Mereka ialah Pn. Rohayu Bt. Abdul Rahman ( Guru Pemulihan ), En. Zaili B. Jamal ( Guru kelas 2 Mokara ), Pn. Yusnita Bt. Hussien ( Guru Kelas 1 Mokara ), Pn. Asliza Nove Bt. Mohd Sobali ( Guru Kelas 3 Aranda ) dan Cik Rosnina Bt. Abd. Rahman. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai warga SK Bukit Kemuning 2. Semoga dengan kehadiran guru-guru baru ini, SK Bukit Kemuning terus cemerlang, gemilang dan terbilang.