Thursday, June 27, 2013

Program Motivasi & "Smart Learning" UPSR

Pihak sekolah akan mengadakan Program Motivasi dan Smart Learning kepada semua murid Tahun 6 pada 29 Jun 2013 ( Sabtu ). Program ini akan dikendalikan oleh penceramah terkenal iaitu Dr. Aziz Sahat. Program akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 petang. Slot bersama ibu bapa akan diadakan pada jam 12 tengah hari. Oleh itu di minta ibu bapa dapat hadir pada jam 11.45 pagi.

Wednesday, June 26, 2013

ESOK SEKOLAH....

Makluman Terkini : 
INFO PPD KLANG : Pada 27 Jun 2013 ( Khamis ), sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa ekoran daripada tahap IPU yang semakin pulih. Diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua warga sekolah masing-masing. Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama anda.

Tuesday, June 25, 2013

PENGUMUMAN...!!!!

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2) masih lagi ditutup untuk sesi persekolahan pada 26 Jun 2013 ( RABU ). Ini berikutan masalah jerebu yang masih belum pulih. Harap maklum.