Monday, September 10, 2012

UPSR 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2012 pada 11/9/12 hingga 13/9/12. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian.

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yg ke 55 buat seluruh warga Malaysia yang tahu menghargai erti sebenar sebuah kemerdekaan.....Semoga Malaysia terus maju. "Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia."

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SKBK2. Walaupun di mana anda berada, pastikan diri anda sentiasa selamat dan sihat selalu. Kegembiraan dan keceriaan ketika menyambut Hari raya Aidilfitri nanti, semoga ianya berkekalan.....Sekolah akan bercuti sempena Hari raya Aidilfitri bermula pada 17 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012. Sekolah akan dibuka semula pada 27 ogos 2012.

Monday, August 6, 2012

Ujian 2 / 2012

Ujian 2/2012 akan diadakan pada 13/8/2012 hingga 16/8/2012. Diharap semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 membuat persediaan menghadapi Ujian 2 ini. Jadual ujian disertakan sebagai rujukan.

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Berpuasa

Pihak sekolah mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Makluman Cuti & Waktu Persekolahan Sepanjang Ramadhan.

Untuk makluman semua. Esok ( Jumaat,  20/7/2012 ) Murid SK Bukit Kemuning 2 akan diberi cuti peristiwa. Sekolah akan dibuka semula pada 23/7/2012 ( Isnin ). Waktu persekolahan juga ada sedikit perubahan sepanjang bulan Ramadhan ini. Sila rujuk surat lampiran yang disertakan.

Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1M1S1M SKBK2

Hari ini pada, program Senamrobik 1M1S1M peringkat sekolah telah diadakan pada jam 8 pagi. Semua murid terlibat dalam program ini.

Hari Sukan 2012

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SKBK2 yang membantu dan memberi kerjasama sepanjang Kejohanan Hari Sukan sekolah. Kepada Ibu bapa yang hadir, terima kasih atas sokongan anda. Perjalanan kejohanan kali ini berjalan dengan lancarnya dan Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan kejohanan kali ini. Tahniah rumah Merah...

Wednesday, July 4, 2012

SENAMROBIK 1M1S1M


SATU LAGI ACARA UNTUK BUKU REKOD MALAYSIA:
SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
SELASA, 10 JULAI 2012, 8.00 PAGI
P/S : SEMUA MURID WAJIB SERTAI TANPA ALASAN KEUZURAN

HARI SUKAN 2012 SK BUKIT KEMUNING 2


Thursday, June 14, 2012

Makluman Latihan Hari Sukan Sekolah.

Kejohanan Sukan Sekolah akan diadakan pada 8 Julai 2012 ( Ahad ). Oleh itu latihan rumah sukan akan bermula pada minggu hadapan. Sila rujuk surat siaran jadual latihan di atas.

Sunday, June 10, 2012

Selamat kembali Ke Sekolah..

Pihak SK Bukit Kemuning 2 mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.." kepada semua warga SK Bukit Kemuning2. Semoga anda semua gembira sepanjang bercuti selama 2 minggu.

Thursday, May 24, 2012

Cuti Pertengahan Tahun

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun akan bermula pada 26 Mei 2012 ( Sabtu ) hingga 10 Jun 2012 ( Ahad ). Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT BERCUTI" kepada semua warga SK Bukit Kemuning 2.

Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sunday, May 13, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan hari Guru Peringkat sekolah akan diadakan pada hari Rabu ( 16 Mei 2012 ). Murid pra-sekolah dikehendaki hadir seperti biasa. Walau bagaimana pun, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan berjalan seperti biasa selepas Majlis Sambutan Hari Guru ( selepas jam 10.30 pagi - 12.00 tengah hari ). Semua murid akan pulang pada jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut.

Thursday, May 3, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 akan diadakan bermula pada 14 Mei 2012 sehingga 17 Mei 2012. Oleh itu pihak sekolah berharap, semua murid SK Bukit Kemuning 2 bersedia menghadapi peperiksaan tersebut. Buat persediaan awal agar anda semua beroleh kejayaan cemerlang.

Wednesday, April 11, 2012

Perkhemahan Ko-Kurikulum 2012


Perkhemahan Ko-Kurikulum 2012 akan diadakan di Sungai Congkak pada 20 April - 22 April 2012. Seramai 80 orang murid dijangka menyertai perkhemahan itu.

Modul Item berfokus UPSR ( Set 1)


Semua murid Tahun 6 SKBK2 akan mengambil ujian Modul Item Berfokus UPSR ( Set 1 ) bermula pada 17 April - 19 April 2012. Jadual ada di atas.

Persekolahan hari Sabtu.

Hari Sabtu ini ( 14/04/2012 ) adalah hari ganti persekolahan. Semua murid diwajibkan hadir pada sesi pagi. Sila ikut jadual hari Khamis.

Sunday, April 1, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKBK2




Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah diadakan pada 31 Mac 2012 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepada AJK PIBG yang baru dilantik. Semoga kerjasama PIBG dan pihak sekolah akan menjadikan anak2 murid SKBK2 berjaya dengan cemerlang.

Thursday, March 22, 2012

Kejohanan Merentas Desa 2012


Kejohanan Merentas Desa 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 28 Mac 2012
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 10.30 pagi.

Semua murid tahun 4,5 dan 6 DIWAJIBKAN menyertai kejohanan tersebut kecuali atas sebab-sebab kesihatan.
Untuk makluman lebih terperinci, sila lihat surat lampiran atau boleh hubungi pihak sekolah.

Thursday, March 8, 2012

Jadual Kelas Tambahan Tahun 6 / 2012


Jadual Kelas Tambahan Tahun 6 ini disiarkan semula setelah didapati beberapa orang ibu bapa mengadu bahawa mereka tidak dapat jadual ini ketika diedarkan pada peringkat awal. Oleh itu, pihak sekolah harap ibu bapa tahun 6 memberi perhatian terhadap jadual ini dan memastikan anak-anak Tahun 6 dapat hadir ke Kelas Tambahan tahun 6 ini.

Wednesday, March 7, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKBK2

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kemuning 2 bagi kali ke 11 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Mac 2012 ( Sabtu )
Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2.
Masa : 8.45 pagi.

Oleh itu, semua ibu bapa murid SK Bukit Kemuning 2 dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Jika tuan/puan mempunyai usul untuk dibawa ke dalam mesyuarat tersebut, sila hantar usul tersebut sebelum 20 Mac 2012 melalui guru kelas anak tuan/puan.

Tuesday, March 6, 2012

Cuti Pertengahan Penggal 1

Cuti persekolahan untuk pertengahan penggal 1 selama 1 minggu akan bermula pada 10 Mac 2012 ( Sabtu ) hingga 18 Mac 2012 ( Ahad ). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKBK2.

Friday, March 2, 2012

Jadual Ujian 1/2012


Ujian 1 akan diadakan pada 6/3/2012 ( Selasa ) hingga 8/3/2012 ( Khamis ). Diharap semua murid SKBK2 bersiap sedia untuk menjawab dengan cemerlang dalam ujian 1 nanti. Murid Tahun 1 & 2 tidak terlibat dalam Ujian 1 ini.

Tuesday, February 14, 2012

Kem Integrasi Kepimpinan Murid 2012

Pihak sekolah dibawah kelolaan Unit Bimbingan Kaunseling akan mengadakan Kem Integrasi Kepimpinan Murid 2012 pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 & 26 Februari 2012
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : SK Bukit Kemuning 2

Semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, ahli PRS dan ketua kelas diwajibkan menyertai kem ini.

Thursday, February 9, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah akan diadakan esok iaitu pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ). Majlis akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Semua murid dikehendaki datang pada waktu pagi kerana persekolahan esok hanya satu sesi sahaja.

Wednesday, February 8, 2012

Aktiviti Ko-Kurikulum 2012.

Aktiviti ko-kurikulum akan bermula mulai minggu hadapan. Semua murid Tahap 2 SKBK2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum. Jika ada sebarang masalah berkaitan aktiviti ko-kurikulum, sila berhubung dengan Pn. Hjh. Rubaniah ( GPK Ko-kurikulum ) di pejabat sekolah.

Thursday, January 19, 2012

Makluman Kem Bestari Solat 2012


Surat Kepada Ibu Bapa murid Islam. Sila ambil perhatian.

Monday, January 16, 2012

Cuti Sekolah Tahun Baru Cina



Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga SKBK2 yang menyambut perayaan Tahun baru Cina 2012. Cuti persekolahan selama seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina 2012 bermula 21 Januari 2012 ( Sabtu ) hingga 29 Januari 2012 ( Ahad ).

Pertandingan Merentas Desa

Pertandingan Merentas Desa peringkat daerah Klang akan diadakan pada 18 Januari 2012 di SK Pulau Indah. 8 orang peserta telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Selamat Berjaya pasukan sekolah..

Perhimpunan Hari Isnin

Saturday, January 14, 2012

Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6


Terima Kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang membantu menjayakan program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 pada kali ini. Diharap ibu bapa terus memberi sokongan terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas ini.

Tuesday, January 3, 2012

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Pihak sekolah akan mengadakan Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Januari 2012 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi - 11 pagi.
Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2.

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan maklumat berkaitan format peperiksaan UPSR 2012 dan juga taklimat aktiviti Tahun 6 sepanjang 2012.
Surat makluman akan diedarkan melalui murid Tahun 6 nanti.

Email...

Perhatian : Mulai tahun ini, berlaku sedikit perubahan email kepada admin blog sekolah ini. Encik/Puan boleh hantar ke email skbukitkemuning2@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan aduan...TQ.