Wednesday, November 10, 2010

Keputusan UPSR 2010


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini iaitu 11 November 2010. Majlis pengumuman keputusan peperiksaan UPSR diadakan di Dewan Terbuka pada jam 11 pagi oleh En. Mohd Ibrahim B. Mohd Walid ( GPK Kurikulum ). Seramai 53 orang murid Tahun 6 mendapat 5A.Kepada yang berjaya, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH...!! dan kepada yang kurang berjaya, anggaplah ini sebagai satu motivasi untuk menjadikan diri anda akan berusaha untuk berjaya di masa depan.

Hari Penyampain Hadiah 2010

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Penyampaian Hadiah pada 16 November 2010 ( Selasa ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning (2). Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12 tengah hari. Hanya murid yang terlibat dengan Majlis Penyampaian hadiah ini sahaja dibenarkan datang ke sekolah. Murid2 yang tidak terlibat, akan direhatkan. Semua ibu bapa dijemput hadir ke majlis tersebut.

Sunday, October 24, 2010

Majlis Graduasi 2010

Majlis Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 15 Oktober 2010. Majlis bermula jam 8.15 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. majlis diadakan di Dewan Terbuka SK Bukit kemuning 2. Guru Besar berbesar hati menyerahkan sijil tamat belajar kepada semua murid Tahun 6.

Hari Kanak-Kanak 2010


Pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada 15 Oktober 2010. Sambutan diadakan secara berasingan mengikut sesi persekolahan. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan persembahan murid. Selepas waktu rehat, jamuan kelas diadakan di kelas masing-masing.

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 akan diadakan pada 25 Oktober hingga 28 Oktober 2010. Kepada semua murid SK Bukit Kemuning 2, selamat menjawab dan beroleh kejayaan dalam peperiksaan ini.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga SK Bukit Kemuning (2). Kepada murid Tahun 6, jangan lupa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan UPSR akan datang selepas cuti hari raya nanti.

Tuesday, August 10, 2010

Peperiksaan Berfokus UPSR ( PPD Klang )

Peperiksaan berfokus UPSR 2010 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Klang akan diadakan bermula 10 Ogos hingga 12 Ogos 2010. Peperiksaan ini diadakan serentak di semua sekolah kebangsaan daerah Klang. Kepada murid Tahun 6 SK Bukit Kemuning (2), pihak sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya....Lakukan yang terbaik untuk diri anda.

SELAMAT BERPUASA


Pihak sekolah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SK Bukit Kemuning (2) yang beragama Islam. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, menjadikan kita hambanya yang lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan bagi diri kita.

Tuesday, July 27, 2010

Program Solat hajat dan Kem Smart Solat Tahun 5 dan 6.

Program Solat Hajat dan Kem Smart Solat untuk murid Islam Tahun 5 dan 6 akan diadakan pada 30 Julai hingga 31 Julai 2010 (Jumaat - Sabtu ). Semua murid Islam Tahun 5 dan 6 DIMESTIKAN menyertai program ini. Surat makluman telah pun diedarkan kepada murid yang berkenaan. Ibu Bapa digalakkan datang untuk bersama-sama melakukan solat hajat demi kejayaan anak masing-masing di dalam peperiksaan UPSR nanti.
aturcara program secara ringkas :
Jumaat
3.30 - 6.30 ptg ( Pendaftaran/solat asar/LDK )
6.30 -11.00 mlm ( Solat maghrib/bacaan Yaasin/solat isyak/solat hajat/ ceramah )
11.00 mlm ( jamuan makan )

Sabtu
3.00 - 6.00 pg ( Qiamulail )
6.00 - 7.30 pg ( Solat subuh/kuliah subuh/senaman )
7.30 - 10.00 pg ( Sarapan/semakan diri/majlis penutup/bersura
i )

jika ada sebarang pertanyaan/masalah, sila berhubung dengan pihak sekolah.

Monday, July 19, 2010

Lawatan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya

Kelab Bahasa Melayu bersama Panitia bahasa Melayu akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyertaan terbuka untuk murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Tarikh lawatan dijangka pada 4 Ogos 2010. Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut, sila berhubung dengan Cikgu Norly Arnita ( Penyelaras Lawatan ).

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010



Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 bermula 19 Julai hingga 21 Julai 2010. Kepada semua murid Tahun 6, belajar bersungguh-sungguh dan pastikan anda berjaya. Selamat Menjawab.

Sunday, June 20, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Kemuning (2) akan diadakan pada 25 Jun hingga 27 Jun 2010 di Sungai Congkak, Hulu Langat. Seramai 80 orang peserta dari pelbagai unit beruniform terlibat dalam perkhemahan ini.
Semua peserta perkhemahan diminta berkumpul di sekolah pada jam 2.30 petang ( selepas solat Jumaat ) pada 25 Jun 2010 ( Jumaat ). Pastikan anda tidak lupa membawa peralatan2 yang telah dimaklumkan.

Lawatan ke Kuala Lumpur.

Satu program lawatan anjuran Kelab Sains SK Bukit Kemuning (2) ke Kuala Lumpur akan diadakan pada 24 Jun 2010 ( Khamis ). Semua peserta diminta berkumpul disekolah pada jam 7.15 pagi. Program ini hanya melibatkan murid Tahun 3 dan 4 sahaja. Satu taklimat berkenaan lawatan akan diadakan pada hari ini ( 21 Jun 2010 ).

Teknik Menjawab Matematik UPSR.

Teknik menjawab UPSR bagi Matematik akan diadakan pada 22 Jun 2010 ( SELASA ) pada jam 2.00 petang di Dewan tertutup SK Bukit Kemuning (2). Program ini adalah khas untuk murid Tahun 6 sahaja yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010.
Penceramah jemputan ialah En. Hafiz. Guru pakar dalam bidang Matematik. Semua murid Tahun 6 dimestikan hadir.

SELAMAT KEMBALI...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..... hari ini ( 21/6/10 ) adalah hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Diharap semua warga SKBK2 terus bersemangat untuk mengejar kecemerlangan dalam pendidikan. Kepada murid Tahun 6, anda semua harus lebih bersemangat dan lebih fokus kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR akan datang tak lama lagi... kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak menumpukan bidang akademik.

Tuesday, June 15, 2010

Cuti Pertengahan Tahun 2010

Cuti persekolahan bagi pertengahan tahun akan bermula pada 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Bukit Kemuning (2). Kelas tambahan untuk tahun 6 akan diadakan pada minggu pertama cuti. Untuk maklumat lanjut berhubung kelas tambahan tersebut, sila berhubung dengan pihak sekolah ( En. Mohd Ibrahim - GPK Kurikulum ).

Friday, May 7, 2010

Minggu Depan

Pada 10 Mei 2010, Panitia Bahasa Inggeris akan melancarkan minggu Bahasa Inggeris sewaktu perhimpunan rasmi hari Isnin nanti. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga akan melancarkan program bintang gemilang ( untuk Tahun 4,5dan 6 sahaja ) dan program mento-mente untuk Tahun 6.

Wednesday, May 5, 2010

Program Pecutan Gemilang dan Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 ( UPSR 2010 )

Pihak sekolah akan mengadakan Program Pecutan Gemilang UPSR 2010 kepada semua murid Tahun 6 pada 8 Mei 2010 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi.
Perjumpaan Ibu bapa murid Tahun 6 akan diadakan pada hari yang sama jam 9.00 pagi. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan perancangan sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR dan juga perbincangan dengan ibu bapa.

Sesi Fotografi Kelas SKBK2

Bermula 5 Mei 2010 hingga 7 Mei 2010. Sesi fotografi kelas akan diadakan untuk semua kelas. Diharap semua murid dapat hadir ke sekolah sepenuhnya pada tarikh tersebut. Gambar-gambar kelas akan dijual kepada murid dengan harga RM 1.50 sekeping. Pesanan boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing.

Friday, April 23, 2010

Pertandingan Memanah Daerah Klang 2010.




SK Bukit Kemuning 2 telah dilantik menjadi tuan rumah Pertandingan Memanah Daerah Klang bagi tahun 2010. Pertandingan diadakan pada 19 April 2010 hingga 21 April 2010 di padang SK Batu Unjur, Klang.
Seramai 65 peserta dari sekolah-sekolah daerah Klang telah mengambil bahagian. Perasmian penutup Pertandingan Memanah ini telah disempurnakan oleh En. Razali B. Mean, Penyelaras Sukan PPD Klang.

Tuesday, April 20, 2010

Hari Sukan 2010

Hari Sukan akan diadakan pada 25 April 2010 ( Ahad ) di Padang SK Bukit Kemuning 2. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak tuan/puan.
Pihak sekolah juga ada menyediakan tapak gerai untuk disewa. Jika berminat, tuan/puan boleh hubungi Cikgu Hafeez ( 013-3539091
).

Kursus Integrasi Kepimpinan 2010

Kursus Integrasi Kepimpinan telah diadakan pada 3 April 2010 ( Sabtu ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Seramai 180 orang peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, ahli PRS dan ketua dan penolong kelas.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan membina kenyakinan diri peserta sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin di masa depan. Beberapa aktiviti yang dirancang lebih menumpukan kepada menguji kebolehan peserta menyelesaikan masalah.

Thursday, March 4, 2010

Cuti Sekolah

Sekolah akan bercuti untuk pertengahan penggal selama 9 hari bermula 13 Mac 2010 ( Sabtu ) hingga 21 Mac 2010 ( Ahad ). Sekolah akan dibuka semula pada 22 Mac 2010 ( Isnin ). Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bercuti".

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010





Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2010 telah diadakan pada 12 Mac 2010 ( Jumaat ). Persekolahan diadakan 1 sesi sahaja.

Beberapa aktiviti telah dirancang pada hari tersebut seperti Solat Sunat Dhuha, perarakan dan juga ceramah kisah nabi. Untuk murid bukan Islam, aktiviti Pendidikan Moral telah dirancang untuk mereka. Murid Islam digalakkan memakai baju melayu ( lelaki ) dan baju kurung ( perempuan ).

Guru-guru juga telah mengadakan aktiviti memasak bubur asyura dan bubur lambuk. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama guru.

Ujian 1

Ujian 1 untuk semua murid SKBK2 akan diadakan pada 8 Mac 2010 ( Isnin ) hingga 11 Mac 2010 ( Khamis ). Diharap semua murid SKBK2, membuat persediaan untuk menghadapi ujian 1 ini. "Semoga Berjaya ".

Friday, February 12, 2010

Happy Chinesse New Year 2010

Pihak sekolah mengucapkan 'Gong Xi Fat Chai" kepada semua warga sekolah yang menyambut Tahun Baru Cina. Sempena perayaan ini, Sekolah akan bercuti selama 9 hari bermula 13 Februari hingga 21 Februari 2010. Selamat bercuti kepada semua warga SK Bukit Kemuning 2.

Pertandingan Merentas Desa 2010


Pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah pada hari Sabtu, 6 Februari 2010. Murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat didalam pertandingan ini.
Kawasan larian adalah sekitar kota kemuning. Larian bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11 pagi.

Thursday, January 28, 2010

Selamat Menyambut Thaipusam

Kepada semua warga SK Bukit Kemuning 2 yang beragama Hindu, pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam.

Tuesday, January 26, 2010

Latihan Merentas Desa


Satu latihan merentas desa akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 27 Januari 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pg - 10.30 pg ( Murid Tahun 4 sahaja )
: 4.00 ptg - 5.30 ptg ( Murid Tahun 5 & 6 )

* Semua murid Tahun 4,5 dan 6 diwajibkan hadir ke latihan tersebut.

Sunday, January 24, 2010

Pendaftaran Tahun 1 bagi Tahun 2011

Untuk makluman, tuan/puan boleh membuat pendaftaran anak tuan/puan untuk kemasukan Tahun 1 bagi Tahun 2011 bermula 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010.
Tuan/puan dikehendaki membawa bersama :
1. Surat beranak murid ( asal & salinan )
2. 1 salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa
3. 1 Salinan Bil Elektrik/air atau telefon.
4. 1 sampul surat ( saiz 4 x 9 )
5. 1 setem ( bernilai 50 sen sahaja )

* Oleh itu pihak sekolah tidak akan melayan urusan pendaftaran murid Tahun 1 ( 2011 )
jika tuan/puan tidak mengikut masa yang ditetapkan.

sekian, terima kasih.

Wednesday, January 20, 2010

PMD

Program Maju Diri ( PMD ) telah pun dijalankan terhadap murid Tahun 5 hari ini. Esok akan diadakan untuk Tahun 6 dan Tahun 4. Diminta semua murid memberi kerjasama dan perhatian sewaktu program sedang berjalan....

Monday, January 4, 2010

SElamat Kembali Ke Sekolah 2010


Pada hari ini 4 Januari 2010, bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2010. Oleh itu pihak sekolah mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga SK Bukit Kemuning 2. Semoga anda semua sentiasa bersedia untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan di akhir nanti.

Majlis Orientasi Tahun 1 / 2010




Majlis Orientasi Tahun 1 dan taklimat kepada ibu bapa murid Tahun 1 telah diadakan pada 2 Januari 2010 ( Sabtu ) bermula jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Tujuan majlis ini adalah untuk memberi penerangan secara umum budaya sekolah dan juga agar murid Tahun 1 membiasakan diri dengan suasana sekolah sebelum memulakan sesi persekolahan 2010.

Friday, January 1, 2010

Cikgu Bertukar






Bagi sesi persekolahan 2010, Terdapat 5 orang guru telah bertukar ke sekolah lain. Mereka yang bertukar ialah :
1. Cikgu Amir Faisal - bertukar ke Kelantan
2. Cikgu Nor Azrin - bertukar ke Perak
3. Cikgu Suzana - Bertukar ke Johor
4. Cikgu Norhazlina - bertukar ke Johor
5. Cikgu Faradhilla - bertukar ke Kedah.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru dan budi kalian semasa bertugas di SK Bukit Kemuning 2 amat dihargai.

Selamat Tahun Baru 2010

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh warga SKBK2. Semoga kita semua akan mencapai kejayaan sepanjang Tahun 2010. Always do your best...
" Goodbye 2009 & Welcome 2010 "