Sunday, August 23, 2009

Hari Merdeka

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 kepada semua warga sekolah. Semaikan semangat patriotik di kalangan kita. Kibarkanlah jalur gemilang pada hari tersebut.

Selamat Bercuti dan Berpuasa.

Cuti persekolahan akan bermula pada 22 Ogos 2009 hingga 31 Ogos 2009. Sekolah akan dibuka semula pada 1 September 2009 ( Selasa ). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan kepada murid Tahun 6, sepanjang cuti ini, jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan UPSR sudah semakin hampir iaitu pada 8 September 2009.
Pihak sekolah juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga sekolah yan beragama Islam. Semoga puasa anda penuh dengan ketaqwaan dan keberkatan.

Wednesday, August 12, 2009

Program Solat Hajat Perdana 2009




Pihak sekolah dibawah Panitia Agama Islam dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Solat Hajat Perdana 2009 pada 14 Ogos 2009 di SK Bukit Kemuning 2. Murid yang terlibat ialah murid Tahun 5 dan 6.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar sekolah selamat dari sebarang musibah dan juga untuk kejayaan murid menghadapi peperiksaan UPSR 2009 dan 2010. Semoga dengan salah satu usaha ini, kejayaan murid didalam UPSR akan meningkat lagi.
Ibu bapa murid Tahun 5 dan 6 ramai juga yang hadir ke program ini. Majlis bermula dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Ya'asin, Solat Isyak dan Solat hajat. Selepas itu,ada sedikit jamuan untuk semua yang hadir. Majlis selesai pada jam 10.00 malam.

Monday, August 3, 2009

Pembatalan Akt. Ko-Kurikulum

Pihak sekolah memaklumkan bahawa aktiviti ko-kurikulum pada 4 Ogos 2009 ( SELASA ) ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Begitu juga dengan program teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains. Sebarang masalah yang timbul dari penundaan aktiviti ini adalah amat dikesali. Minta kerjasama semua murid Tahap 2 dan Tahun 6 untuk memaklumkan kepad rakan-rakan.

Sunday, August 2, 2009

Penyakit H1N1

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah telah mengadakan saringan murid-murid yang mengalami demam, selsema dan batuk. Hampir 70 orang murid yang didapati demam, selsema dan batuk dikehendaki pulang awal untuk mendapatkan rawatan.
Pihak sekolah mengingatkan semua murid SKBK2, Jika anda mempunyai simptom demam, selsema dan batuk, anda tidak digalakkan hadir ke sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya penyebaran H1N1 dikalangan murid sekolah SKBK2.