Thursday, May 26, 2011

Sambutan hari Guru 2011 Peringkat Sekolah




Sambutan Hari Guru bagi tahun 2011 peringkat sekolah diadakan pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ). Persekolahan diadakan satu sesi sahaja. Sambutan dimulai dengan perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan. Semua Guru memperbaharui Ikrar Guru dan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Diakhir perhimpunan, Pn. Hjh. Zaharah ( Guru Besar ) telah sudi memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2011.
Selepas perhimpunan rasmi, aktiviti sukan diantara guru melawan murid diadakan. Guru lelaki bermain bola jaring melawan pasukan sekolah, manakala cikgu perempuan bermain futsal melawan pasukan bolasepak sekolah.
Selepas waktu rehat, semua murid dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan guru dan murid. Persembahan pada hari itu amat hebat belaka. Murid balik pada jam 11.40 pagi.
Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan Hari Guru 2011.

No comments: