Thursday, May 26, 2011

Sambutan hari Guru 2011 Peringkat Sekolah




Sambutan Hari Guru bagi tahun 2011 peringkat sekolah diadakan pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ). Persekolahan diadakan satu sesi sahaja. Sambutan dimulai dengan perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan. Semua Guru memperbaharui Ikrar Guru dan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Diakhir perhimpunan, Pn. Hjh. Zaharah ( Guru Besar ) telah sudi memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2011.
Selepas perhimpunan rasmi, aktiviti sukan diantara guru melawan murid diadakan. Guru lelaki bermain bola jaring melawan pasukan sekolah, manakala cikgu perempuan bermain futsal melawan pasukan bolasepak sekolah.
Selepas waktu rehat, semua murid dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan guru dan murid. Persembahan pada hari itu amat hebat belaka. Murid balik pada jam 11.40 pagi.
Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan Hari Guru 2011.

Tuesday, May 10, 2011

Minggu Kajian Tempatan

Pada minggu ini, adalah minggu Kajian Tempatan. beberapa aktiviti telah diatur sepanjang minggu ini. Contohnya Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Kuis Kajian Tempatan dan Pertandingan pakaian Tradisional. Esok ( Khamis ), akan diadakan Pertandingan Pakaian Tradisional untuk Tahun 4.

Wednesday, November 10, 2010

Keputusan UPSR 2010


Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini iaitu 11 November 2010. Majlis pengumuman keputusan peperiksaan UPSR diadakan di Dewan Terbuka pada jam 11 pagi oleh En. Mohd Ibrahim B. Mohd Walid ( GPK Kurikulum ). Seramai 53 orang murid Tahun 6 mendapat 5A.Kepada yang berjaya, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH...!! dan kepada yang kurang berjaya, anggaplah ini sebagai satu motivasi untuk menjadikan diri anda akan berusaha untuk berjaya di masa depan.

Hari Penyampain Hadiah 2010

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Penyampaian Hadiah pada 16 November 2010 ( Selasa ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning (2). Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12 tengah hari. Hanya murid yang terlibat dengan Majlis Penyampaian hadiah ini sahaja dibenarkan datang ke sekolah. Murid2 yang tidak terlibat, akan direhatkan. Semua ibu bapa dijemput hadir ke majlis tersebut.

Sunday, October 24, 2010

Majlis Graduasi 2010

Majlis Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 15 Oktober 2010. Majlis bermula jam 8.15 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. majlis diadakan di Dewan Terbuka SK Bukit kemuning 2. Guru Besar berbesar hati menyerahkan sijil tamat belajar kepada semua murid Tahun 6.

Hari Kanak-Kanak 2010


Pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada 15 Oktober 2010. Sambutan diadakan secara berasingan mengikut sesi persekolahan. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan persembahan murid. Selepas waktu rehat, jamuan kelas diadakan di kelas masing-masing.