Wednesday, January 14, 2009

Berita Sekolah

14 Januari 2009

1. Cuti Sempena Tahun Baru Cina

1.1 Butiran cuti dan sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina adalah seperti berikut :


Tarikh : 26 Januari 2009 ( Cuti Umum Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti


Tarikh : 27 Januari 2009 ( Cuti Umum Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti

Tarikh : 28 Januari 2009 ( Cuti Peristiwa Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti

Tarikh : 29 Januari 2009 ( Cuti Berganti Tahun Baru Cina )
Tarikh Ganti : 17 Januari 2009 (Sabtu) ikut jadual Hari Khamis

Tarikh : 30 Januari 2009 ( Cuti Berganti Tahun Baru Cina )
Tarikh Ganti : 14 Febuari 2009 (Sabtu) ikut jadual Hari Jumaat

1.2 Pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibu bapa agar dapat memastikan murid-murid hadir pada hari persekolahan gantian yang telah ditetapkan. Pada 17 Januari 2009 waktu balik bagi pelajar Tahun 4 adalah sama seperti murid Tahap 2 yang lain iaitu pada jam 1.00 petang. Lain-lain masa persekolahan adalah seperti dalam jadual.


2. Kehadiran Pelajar Ke Sekolah

2.1 Loceng pertama persekolahan akan dibunyikan pada jam 7.30 pagi. Oleh itu, semua pelajar diminta hadir sebelum 7.30 pagi. Pintu Pagar B (pintu pagar kecil) akan ditutup pada jam 7.30 pagi. Pelajar yang sampai selepas jam 7.30 pagi diminta masuk melalui Pintu Pagar A (pintu pagar besar). Sehubungan dengan itu Perkara 4.1.3 pada surat Mewujudkan Suasana Sekolah Bercirikan Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan (3K) bertarikh 28 Disember 2008 adalah dipinda dari “……pukul 7.40 pagi” kepada “….. pukul 7.30 pagi”. Peraturan ini berkuatkuasa sertamerta.

3. Kejohanan Merentas Desa

3.1 Kejohanan Merentas Desa 2009 akan diadakan seperti pada butiran berikut :

Tarikh : 23 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Penyertaan : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Murid yang ada masalah kesihatan akan dikecualikan dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat Kebenaran Ibu Bapa juga akan diedarkan sebelum hari kejohanan.
Latihan : 20 Januari 2009 (Selasa), jam 4.00 petang

4. Pendidikan Jasmani

4.1 Semua murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan memakai pakaian sukan (Baju Kemeja-T Sekolah atau Kemeja-T putih dan berseluar sukan warna hitam atau biru gelap) dari rumah. Murid tidak perlu bertukar pakai sukan kepada uniform sekolah sehingga waktu balik.


5. Aktiviti Kokurikulum (Tahap 2 Sahaja)

5.1 Aktiviti kokurikulum akan bermula pada hari Selasa, 3 Februari 2009 jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Surat kebenaran ibu bapa akan dikeluarkan sebelum aktiviti kokurikulum bermula.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD IBRAHIM BIN MOHD WALID)
Guru Penolong Kanan Kurikulum
b/p Guru Besar,
SK Bukit Kemuning 2,
40460 Shah Alam

No comments: