Saturday, January 24, 2009

Happy Chinesse New Year

Guru Besar, Pentadbir, guru dan staff SK Bukit Kemuning 2 mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga SK Bukit Kemuning 2 yang menyambut perayaan tersebut. Semoga kita semua menjadi lebih bersemangat untuk belajar dan menjadikan diri kita lebih baik dari tahun lepas.
Sekolah akan bercuti selama 9 hari bermula pada 24 Januari hingga 1 Februari 2009. Diharap semua murid dapat membuat ulangkaji pelajaran untuk menghadapi ujian 1 selepas cuti Tahun Baru Cina.

Friday, January 23, 2009

Pertandingan Merentas Desa







Pertandingan Merantas Desa Peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) diwajibkan mengambil bahagian. Murid yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan mengambil bahagian. Laluan merentas desa pada tahun ini kira-kira 3.8 km sahaja. Pertandingan kali ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu Lelaki Tahun 4, Perempuan Tahun 4, lelaki Tahun 5, perempuan Tahun 5, Lelaki Tahun 6 dan perempuan Tahun 6. Bagi setiap kategori, hanya 10 peserta yang tiba awal di garisan penamat sahaja layak menerima hadiah.



Hampir keseluruhan murid menunjukkan semangat yang tinggi ketika pertandingan ini. Hampir semua murid berjaya menamatkan larian. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Sunday, January 18, 2009

Program Bubur Asyura


Sempena bulan Muharram, pihak guru telah mengambil inisiatif mengadakan gotong royong memasak bubur asyura pada 17 januari 2009 ( Sabtu ) yang lalu. Aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan keakraban dan semangat kerjasama sesama guru. Terdapat 3 jenis bubur asyura yang dimasak pada hari tersebut iaitu bubur asyura resepi Selangor, resepi Selatan dan juga resepi Utara. 3 periuk besar telah digunakan untuk memasak bubur asyura ini. Sebelum balik, setiap guru membawa pulang ketiga-tiga jenis bubur asyura ini. Walaupun ini adalah aktiviti julung-julung kali diadakan tetapi semangat kerjasama dan keakraban diantara guru telah menjadikan aktiviti ini amat berjaya. Terima Kasih kepada semua guru SK Bukit Kemuning 2.

Sambutan Maal Hijrah


Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Januari 2009 ( Jumaat ) yang lalu. Beberapa acara diadakan sempena sambutan tersebut. Ceramah Maal Hijrah disampaikan oleh Ustaz Sabaruddin, kuiz berkaitan Maal Hijrah juga diadakan.

Guru Bertukar







Pada sesi persekolahan 2009, terdapat 3 orang guru yang telah bertukar ke sekolah lain. Guru-guru tersebut ialah Cikgu Zulkarnain( pulang ke Sabah ), Cikgu Zaiwiyah( pulang ke Kedah ) dan cikgu Norehan ( Daerah Kuala Langat ). Pihak sekolah dan guru-guru memohon ampun jika terdapat sebarang kesalahan atau terguris hati ketika kita berbicara atau bergurau dan juga mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan semoga sentiasa ceria di tempat bertugas yang baru. War-war lah yang manis dan yang pahit itu jadikan pengajaran. Jasa kalian sentiasa dikenang.

Wednesday, January 14, 2009

Berita Sekolah

14 Januari 2009

1. Cuti Sempena Tahun Baru Cina

1.1 Butiran cuti dan sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina adalah seperti berikut :


Tarikh : 26 Januari 2009 ( Cuti Umum Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti


Tarikh : 27 Januari 2009 ( Cuti Umum Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti

Tarikh : 28 Januari 2009 ( Cuti Peristiwa Tahun Baru Cina )
Tidak perlu diganti

Tarikh : 29 Januari 2009 ( Cuti Berganti Tahun Baru Cina )
Tarikh Ganti : 17 Januari 2009 (Sabtu) ikut jadual Hari Khamis

Tarikh : 30 Januari 2009 ( Cuti Berganti Tahun Baru Cina )
Tarikh Ganti : 14 Febuari 2009 (Sabtu) ikut jadual Hari Jumaat

1.2 Pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibu bapa agar dapat memastikan murid-murid hadir pada hari persekolahan gantian yang telah ditetapkan. Pada 17 Januari 2009 waktu balik bagi pelajar Tahun 4 adalah sama seperti murid Tahap 2 yang lain iaitu pada jam 1.00 petang. Lain-lain masa persekolahan adalah seperti dalam jadual.


2. Kehadiran Pelajar Ke Sekolah

2.1 Loceng pertama persekolahan akan dibunyikan pada jam 7.30 pagi. Oleh itu, semua pelajar diminta hadir sebelum 7.30 pagi. Pintu Pagar B (pintu pagar kecil) akan ditutup pada jam 7.30 pagi. Pelajar yang sampai selepas jam 7.30 pagi diminta masuk melalui Pintu Pagar A (pintu pagar besar). Sehubungan dengan itu Perkara 4.1.3 pada surat Mewujudkan Suasana Sekolah Bercirikan Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan (3K) bertarikh 28 Disember 2008 adalah dipinda dari “……pukul 7.40 pagi” kepada “….. pukul 7.30 pagi”. Peraturan ini berkuatkuasa sertamerta.

3. Kejohanan Merentas Desa

3.1 Kejohanan Merentas Desa 2009 akan diadakan seperti pada butiran berikut :

Tarikh : 23 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Penyertaan : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Murid yang ada masalah kesihatan akan dikecualikan dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat Kebenaran Ibu Bapa juga akan diedarkan sebelum hari kejohanan.
Latihan : 20 Januari 2009 (Selasa), jam 4.00 petang

4. Pendidikan Jasmani

4.1 Semua murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan memakai pakaian sukan (Baju Kemeja-T Sekolah atau Kemeja-T putih dan berseluar sukan warna hitam atau biru gelap) dari rumah. Murid tidak perlu bertukar pakai sukan kepada uniform sekolah sehingga waktu balik.


5. Aktiviti Kokurikulum (Tahap 2 Sahaja)

5.1 Aktiviti kokurikulum akan bermula pada hari Selasa, 3 Februari 2009 jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Surat kebenaran ibu bapa akan dikeluarkan sebelum aktiviti kokurikulum bermula.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD IBRAHIM BIN MOHD WALID)
Guru Penolong Kanan Kurikulum
b/p Guru Besar,
SK Bukit Kemuning 2,
40460 Shah Alam

Tuesday, January 13, 2009

Program Maju Diri


9 Januari 2009

Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan pada hari Rabu hingga Jumaat. Program ini hanya untuk murid Tahap 2 sahaja. PMD bertujuan menjadikan murid Tahap 2 lebih bersedia untuk belajar dan meningkatkan kenyakinan diri.

Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang PMD ini.

Pn. Zaharah Hassan, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 sudi merasmikan majlis penutupanPMD untuk sesi 2009. Unit Bimbingan dan Kaunselingmengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam program ini.

Selamat Kembali

5 Januari 2009
"Selamat Datang" dan "Selamat Kembali" ke sekolah untuk sesi 2009.
Pada hari pertama persekolahan, satu perhimpunan rasmi telah diadakan . Guru Besar mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2009. Selepas perhimpunan, semua murid kembali ke kelas masing-masing.
Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan selepas itu.

Tuesday, January 6, 2009

Hari Orientasi Tahun 1




3 Januari 2009


Program Orientasi Tahun 1 telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada hari ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi taklimat tentang persekolahan kepada ibu bapa dan juga sebagai pengenalan bakal murid Tahun 1 terhadap sekolah. Ramai ibu bapa yang hadir bersama anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan Tahun 1.


Dalam ucapannya, Puan Zaharah Hassan, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 meminta ibu bapa memberi sokongan terhadap segala program sekolah demi menjadikan SK Bukit Kemuning 2 sebagai sebuah sekolah yang cemerlang terutama dalam bidang akademik.




Selepas program Orientasi Tahun 1, terdapat satu lagi program iaitu perjumpaan Ibu Bapa murid-murid TADIKA atau lebih di kenali sebagai PEWARIS. Perjumpaan ini berakhir jam 11.30 pagi.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dan seterusnya menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama meningkatkan akademik sekolah.