Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Kemuning (2) akan diadakan pada 25 Jun hingga 27 Jun 2010 di Sungai Congkak, Hulu Langat. Seramai 80 orang peserta dari pelbagai unit beruniform terlibat dalam perkhemahan ini.
Semua peserta perkhemahan diminta berkumpul di sekolah pada jam 2.30 petang ( selepas solat Jumaat ) pada 25 Jun 2010 ( Jumaat ). Pastikan anda tidak lupa membawa peralatan2 yang telah dimaklumkan.
Sunday, June 20, 2010
Lawatan ke Kuala Lumpur.
Satu program lawatan anjuran Kelab Sains SK Bukit Kemuning (2) ke Kuala Lumpur akan diadakan pada 24 Jun 2010 ( Khamis ). Semua peserta diminta berkumpul disekolah pada jam 7.15 pagi. Program ini hanya melibatkan murid Tahun 3 dan 4 sahaja. Satu taklimat berkenaan lawatan akan diadakan pada hari ini ( 21 Jun 2010 ).
Teknik Menjawab Matematik UPSR.
Teknik menjawab UPSR bagi Matematik akan diadakan pada 22 Jun 2010 ( SELASA ) pada jam 2.00 petang di Dewan tertutup SK Bukit Kemuning (2). Program ini adalah khas untuk murid Tahun 6 sahaja yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010.
Penceramah jemputan ialah En. Hafiz. Guru pakar dalam bidang Matematik. Semua murid Tahun 6 dimestikan hadir.
Penceramah jemputan ialah En. Hafiz. Guru pakar dalam bidang Matematik. Semua murid Tahun 6 dimestikan hadir.
SELAMAT KEMBALI...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..... hari ini ( 21/6/10 ) adalah hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Diharap semua warga SKBK2 terus bersemangat untuk mengejar kecemerlangan dalam pendidikan. Kepada murid Tahun 6, anda semua harus lebih bersemangat dan lebih fokus kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR akan datang tak lama lagi... kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak menumpukan bidang akademik.
Tuesday, June 15, 2010
Cuti Pertengahan Tahun 2010
Cuti persekolahan bagi pertengahan tahun akan bermula pada 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Bukit Kemuning (2). Kelas tambahan untuk tahun 6 akan diadakan pada minggu pertama cuti. Untuk maklumat lanjut berhubung kelas tambahan tersebut, sila berhubung dengan pihak sekolah ( En. Mohd Ibrahim - GPK Kurikulum ).
Friday, May 7, 2010
Minggu Depan
Pada 10 Mei 2010, Panitia Bahasa Inggeris akan melancarkan minggu Bahasa Inggeris sewaktu perhimpunan rasmi hari Isnin nanti. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga akan melancarkan program bintang gemilang ( untuk Tahun 4,5dan 6 sahaja ) dan program mento-mente untuk Tahun 6.
Wednesday, May 5, 2010
Program Pecutan Gemilang dan Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 ( UPSR 2010 )
Pihak sekolah akan mengadakan Program Pecutan Gemilang UPSR 2010 kepada semua murid Tahun 6 pada 8 Mei 2010 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi.
Perjumpaan Ibu bapa murid Tahun 6 akan diadakan pada hari yang sama jam 9.00 pagi. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan perancangan sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR dan juga perbincangan dengan ibu bapa.
Perjumpaan Ibu bapa murid Tahun 6 akan diadakan pada hari yang sama jam 9.00 pagi. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan perancangan sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR dan juga perbincangan dengan ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)