Thursday, July 24, 2014

Salam Ramadhan & Salam Lebaran

Salam Ramadhan & Salam lebaran.
Setelah hampir setahun blog ini tidak di update kerana beberapa masalah teknikal, InsyaAllah, kini blog ini akan cuba meng"up date" info-info yg terkini untuk kebaikan bersama.

Sunday, July 7, 2013

MAKLUMAN..





Pn. Hajah Zaharah Bt. Hassan ( Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 ) telah meninggal dunia pada 7 Julai 2013 ( Ahad ) pada jam 12.15 tengah hari. Marilah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah buat keluarga beliau. Al-Fatihah.

Tuesday, July 2, 2013

Hari Bersama Pelanggan Siri 1/2013

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 5 Julai 2013 ( Jumaat ). Semua ibu bapa digalakkan hadir untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak masing-masing. Surat makluman akan diedarkan melalui anak-anak tuan/puan.

Thursday, June 27, 2013

Program Motivasi & "Smart Learning" UPSR

Pihak sekolah akan mengadakan Program Motivasi dan Smart Learning kepada semua murid Tahun 6 pada 29 Jun 2013 ( Sabtu ). Program ini akan dikendalikan oleh penceramah terkenal iaitu Dr. Aziz Sahat. Program akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 petang. Slot bersama ibu bapa akan diadakan pada jam 12 tengah hari. Oleh itu di minta ibu bapa dapat hadir pada jam 11.45 pagi.

Wednesday, June 26, 2013

ESOK SEKOLAH....

Makluman Terkini : 
INFO PPD KLANG : Pada 27 Jun 2013 ( Khamis ), sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa ekoran daripada tahap IPU yang semakin pulih. Diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua warga sekolah masing-masing. Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama anda.

Tuesday, June 25, 2013

PENGUMUMAN...!!!!

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2) masih lagi ditutup untuk sesi persekolahan pada 26 Jun 2013 ( RABU ). Ini berikutan masalah jerebu yang masih belum pulih. Harap maklum.