Wednesday, June 26, 2013

ESOK SEKOLAH....

Makluman Terkini : 
INFO PPD KLANG : Pada 27 Jun 2013 ( Khamis ), sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa ekoran daripada tahap IPU yang semakin pulih. Diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua warga sekolah masing-masing. Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama anda.

Tuesday, June 25, 2013

PENGUMUMAN...!!!!

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2) masih lagi ditutup untuk sesi persekolahan pada 26 Jun 2013 ( RABU ). Ini berikutan masalah jerebu yang masih belum pulih. Harap maklum.

Friday, May 17, 2013

Sambutan Hari Guru 2013


Sambutan Hari Guru 2013 peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei 2013. Semua murid hadir pada sesi pagi dan balik pada jam 12.30 tengah hari.  Tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Malaysia, 1 aspirasi, 1 agenda.

Sesi Foto Kelas

Sesi mengambil foto kelas akan diadakan bermula pada minggu depan iaitu hari Isnin dan Selasa ( 20 - 21 Mei 2013 ). Semua murid dikehendaki berpakaian kemas.

Thursday, April 11, 2013

Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Perkhemahan Unit Beruniform sekolah akan diadakan pada 26 April - 28 April 2013 di Sungai Congkak. Seramai 80 orang peserta akan mengikuti perkhemahan tersebut. Penyertaan dibuka untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Jika berminat, boleh berjumpa dengan guru penasihat unit beruniform masing-masing.
Salam semua.
Admin minta maaf kerana blog ini tidak di update sejak beberapa lama. Ini kerana timbulnya beberapa masalah teknikal. InsyaAllah, selepas ini..blog SKBK2 ini akan cuba sedaya upaya untuk update info-info terkini berkaitan sekolah.

Monday, September 10, 2012

UPSR 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2012 pada 11/9/12 hingga 13/9/12. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian.