Thursday, April 11, 2013
Perkhemahan Unit Beruniform 2013
Perkhemahan Unit Beruniform sekolah akan diadakan pada 26 April - 28 April 2013 di Sungai Congkak. Seramai 80 orang peserta akan mengikuti perkhemahan tersebut. Penyertaan dibuka untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Jika berminat, boleh berjumpa dengan guru penasihat unit beruniform masing-masing.
Monday, September 10, 2012
UPSR 2012
Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2012 pada 11/9/12 hingga 13/9/12. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian.
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, August 15, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SKBK2. Walaupun di mana anda berada, pastikan diri anda sentiasa selamat dan sihat selalu. Kegembiraan dan keceriaan ketika menyambut Hari raya Aidilfitri nanti, semoga ianya berkekalan.....Sekolah akan bercuti sempena Hari raya Aidilfitri bermula pada 17 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012. Sekolah akan dibuka semula pada 27 ogos 2012.
Sunday, August 12, 2012
Monday, August 6, 2012
Ujian 2 / 2012
Ujian 2/2012 akan diadakan pada 13/8/2012 hingga 16/8/2012. Diharap semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 membuat persediaan menghadapi Ujian 2 ini. Jadual ujian disertakan sebagai rujukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






