Saturday, January 14, 2012

Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6


Terima Kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang membantu menjayakan program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 pada kali ini. Diharap ibu bapa terus memberi sokongan terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas ini.

Tuesday, January 3, 2012

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Pihak sekolah akan mengadakan Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Januari 2012 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi - 11 pagi.
Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2.

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan maklumat berkaitan format peperiksaan UPSR 2012 dan juga taklimat aktiviti Tahun 6 sepanjang 2012.
Surat makluman akan diedarkan melalui murid Tahun 6 nanti.

Email...

Perhatian : Mulai tahun ini, berlaku sedikit perubahan email kepada admin blog sekolah ini. Encik/Puan boleh hantar ke email skbukitkemuning2@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan aduan...TQ.

Wednesday, December 28, 2011

Persekolahan 2012


Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012 ( Rabu ). Tahun 1, 2, 5 dan 6 adalah sesi pagi manakala tahun 3 dan 4, persekolahan sesi petang. Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH" dan semoga Tahun 2012 akan menjadikan kita lebih cemerlang dari tahun 2011.

Hari Pembayaran Yuran dan Orientasi Tahun 1 sesi 2012



Pada 2 Januari 2012 ( Isnin ) akan diadakan Orientasi Tahun 1 dan juga pembayaran yuran PIBG dan lain-lain di SKBK2. Orientasi Tahun 1 akan bermula pada jam 8 pagi. Semua murid tahun 1/2012 dimestikan hadir. pembayaran yuran PIBG dan lain-lain boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing. Senarai nama murid mengikut kelas akan ditampal di pintu kelas masing-masing.

Taklimat Guru bg sesi 2012.



Satu Taklimat bagi persediaan persekolahan sesi 2012 untuk semua guru SKBK2 telah diadakan pada 28 Dis. 2011 ( Rabu ) bertempat di Bilik Mesyuarat SKBK2. Semua guru telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut.