Wednesday, December 28, 2011

Hari Pembayaran Yuran dan Orientasi Tahun 1 sesi 2012



Pada 2 Januari 2012 ( Isnin ) akan diadakan Orientasi Tahun 1 dan juga pembayaran yuran PIBG dan lain-lain di SKBK2. Orientasi Tahun 1 akan bermula pada jam 8 pagi. Semua murid tahun 1/2012 dimestikan hadir. pembayaran yuran PIBG dan lain-lain boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing. Senarai nama murid mengikut kelas akan ditampal di pintu kelas masing-masing.

Taklimat Guru bg sesi 2012.



Satu Taklimat bagi persediaan persekolahan sesi 2012 untuk semua guru SKBK2 telah diadakan pada 28 Dis. 2011 ( Rabu ) bertempat di Bilik Mesyuarat SKBK2. Semua guru telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut.

Sunday, December 25, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Pihak Sekolah mengucapkan "Selamat tahun baru 2012" kepada semua warga SKBK2. Semoga pada tahun 2012, kita meningkatkan diri untuk menjadi insan yang lebih cemerlang dari tahun 2011. Pihak kami juga ingin meminta maaf kerana tidak "mengemaskini" blog ini beberapa lama. Ini terjadi kerana ada beberapa masalah teknikal yang timbul....InsyaAllah, pada tahun 2012 ni, pihak kami akan selalu mengemaskini blog sekolah ini dari semasa ke semasa untuk sebaran maklumat semasa berkaitan SKBK2.

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa.


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga SKBK2. Semoga kita dapat mempertingkatkan diri untuk lebih cemerlang di bulan puasa ini.

Tuesday, June 28, 2011

Lawatan Ke Melaka

Lawatan ke Melaka anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling akan diadakan pada 7 Julai 2011 ( Khamis ). Semua peserta lawatan dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi kerana bas dijangka bertolak jam 7.30 pagi pada hari tersebut. Satu taklimat akhir berkaitan lawatan ini akan diadakan pada 5 Julai 2011 ( Selasa ) jam 12.30 t/hari di bilik PPSMI SKBK2.

Tuesday, June 21, 2011

CUTI PERISTIWA SEMPENA SUKAN TAHUNAN

Sekolah akan bercuti pada 4 Julai 2011 ( Isnin ) sempena sukan tahunan,

"Selamat Bercuti"

KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN

Sukan Tahunan akan diadakan pada 3 Julai 2011, Ahad dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Semua pelajar dan ibu bapa dijemput hadir.