Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul




Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mac 2009 ( Jumaat ). Walaupun perarakan terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan, sambutan tetap diteruskan di dewan terbuka. Acara sambutan bermula dengan semua murid membaca salawat ke atas Nabi. Selepas itu, satu ceramah berkenaan sejarah Nabi telah disampaikan oleh Ustaz Sabaruddin. Nyanyian nasyid dan pertunjukkan busana muslim memeriahkan lagi sambutan kali ini. Semua murid bukan Islam terlibat dengan aktiviti moral ketika sambutan ini berjalan.

Tuesday, March 10, 2009

Cuti Pertengahan Penggal

Cuti Pertengahan Penggal akan bermula pasa 14 Mac 2009 ( Sabtu ) hingga 22 mac 2009 ( Ahad ). Sekolah akan dibuka seperti biasa bermula 23 Mac 2009 ( Isnin ). Diharap semua murid SK Bukit kemuning 2 tidak abaikan pelajaran walaupun dalam bercuti. SELAMAT BERCUTI...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 13 Mac 2009 ( Jumaat ) di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Sambutan akan dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul di sekitar sekolah. Selepas itu, ada ceramah berkenaan maulidur Rasul oleh Ustaz Sabaruddin. Murid-murid bukan beragama Islam akan terlibat dengan aktiviti Pendidikan Moral ketika sambutan ini berlangsung. Semua murid Islam dimestikan memakai baju melayu ( untuk lelaki ) dan baju kurung ( untuk perempuan ) pada hari tersebut. Murid bukan Islam mesti memakai uniform sekolah.

Sumbangan

Kepada ibu bapa yang berminat untuk memberi sumbangan dalam bentuk perkongsian bersama dengan pihak sekolah dan murid SK Bukt Kemuning 2 boleh menghubungi Cikgu Azmirudin -Guru Kaunseling ( email : kaunselingskbk2@yahoo.com ) Jika tuan/puan mempunyai maklumat-maklumat atau poster-poster seperti anti dadah, anti buli, sikap yang baik, nilai-nilai murni dan lain-lain lagi. Tuan puan boleh berkongsi bersama dengan murid SK Bukit Kemuning 2 agar kedua-dua pihak mendapat kebaikan.
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan.

Monday, March 9, 2009

Bolasepak-perlawanan persahabatan.

12.10 Tengah hari :- Pada petang ini, Hari Selasa jam 4 petang pasukan Bolasepak SK Bukit Kemuning 2 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Sungai Kapar Indah. Perlawanan akan diadakan di padang Doritis. Warga SK Bukit Kemuning 2 dan Ibu Bapa diminta hadir untuk memberi sokongan.

10.30 malam :- Perlawanan persahabatan dengan SK Sungai Kapar Indah bermula jam 4.50 petang dan tamat pada jam 5.50 petang. Keputusan perlawanan tersebut dimenangi oleh SK Bukit Kemuning 2 dengan jaringan 6-2. Syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak sekolah.

Ko-Kurikulum mingguan

Pada minggu ini, aktiviti ko-kurikulum akan diadakan seperti biasa iaitu hari Selasa jam 4 petang - 5.30 petang. Pada minggu ini, giliran Kelab dan Persatuan. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 diwajibkan hadir.

Sunday, March 8, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Sekolah akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 9 Mac 2009 ( Isnin ). Sekolah akan dibuka semula pada 10 Mac 2009 ( Selasa ). Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan semoga semua warga Islam SK Bukit Kemuning 2 mencontohi keperibadian Rasulullah s.a.w.