Thursday, May 26, 2011

Cuti Pertengahan tahun 2011

Sekolah akan bercuti mulai 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011 selama 2 minggu. Walaupun begitu, semua guru wajibkan hadir pada 30 - 31 Mei 2011 kerana ada Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ).
Pihak sekolah mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI" kepada semua warga sekolah.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan pertengahan tahun 2011 diadakan bermula pada 23 Mei hingga 26 Mei 2011. Semoga semua murid SK Bukit kemuning (2) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik.

Sambutan hari Guru 2011 Peringkat Sekolah




Sambutan Hari Guru bagi tahun 2011 peringkat sekolah diadakan pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ). Persekolahan diadakan satu sesi sahaja. Sambutan dimulai dengan perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan. Semua Guru memperbaharui Ikrar Guru dan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Diakhir perhimpunan, Pn. Hjh. Zaharah ( Guru Besar ) telah sudi memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2011.
Selepas perhimpunan rasmi, aktiviti sukan diantara guru melawan murid diadakan. Guru lelaki bermain bola jaring melawan pasukan sekolah, manakala cikgu perempuan bermain futsal melawan pasukan bolasepak sekolah.
Selepas waktu rehat, semua murid dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan guru dan murid. Persembahan pada hari itu amat hebat belaka. Murid balik pada jam 11.40 pagi.
Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan Hari Guru 2011.

Tuesday, May 10, 2011

Minggu Kajian Tempatan

Pada minggu ini, adalah minggu Kajian Tempatan. beberapa aktiviti telah diatur sepanjang minggu ini. Contohnya Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Kuis Kajian Tempatan dan Pertandingan pakaian Tradisional. Esok ( Khamis ), akan diadakan Pertandingan Pakaian Tradisional untuk Tahun 4.