Sunday, June 20, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Kemuning (2) akan diadakan pada 25 Jun hingga 27 Jun 2010 di Sungai Congkak, Hulu Langat. Seramai 80 orang peserta dari pelbagai unit beruniform terlibat dalam perkhemahan ini.
Semua peserta perkhemahan diminta berkumpul di sekolah pada jam 2.30 petang ( selepas solat Jumaat ) pada 25 Jun 2010 ( Jumaat ). Pastikan anda tidak lupa membawa peralatan2 yang telah dimaklumkan.

Lawatan ke Kuala Lumpur.

Satu program lawatan anjuran Kelab Sains SK Bukit Kemuning (2) ke Kuala Lumpur akan diadakan pada 24 Jun 2010 ( Khamis ). Semua peserta diminta berkumpul disekolah pada jam 7.15 pagi. Program ini hanya melibatkan murid Tahun 3 dan 4 sahaja. Satu taklimat berkenaan lawatan akan diadakan pada hari ini ( 21 Jun 2010 ).

Teknik Menjawab Matematik UPSR.

Teknik menjawab UPSR bagi Matematik akan diadakan pada 22 Jun 2010 ( SELASA ) pada jam 2.00 petang di Dewan tertutup SK Bukit Kemuning (2). Program ini adalah khas untuk murid Tahun 6 sahaja yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010.
Penceramah jemputan ialah En. Hafiz. Guru pakar dalam bidang Matematik. Semua murid Tahun 6 dimestikan hadir.

SELAMAT KEMBALI...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..... hari ini ( 21/6/10 ) adalah hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Diharap semua warga SKBK2 terus bersemangat untuk mengejar kecemerlangan dalam pendidikan. Kepada murid Tahun 6, anda semua harus lebih bersemangat dan lebih fokus kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR akan datang tak lama lagi... kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak menumpukan bidang akademik.

Tuesday, June 15, 2010

Cuti Pertengahan Tahun 2010

Cuti persekolahan bagi pertengahan tahun akan bermula pada 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Bukit Kemuning (2). Kelas tambahan untuk tahun 6 akan diadakan pada minggu pertama cuti. Untuk maklumat lanjut berhubung kelas tambahan tersebut, sila berhubung dengan pihak sekolah ( En. Mohd Ibrahim - GPK Kurikulum ).