Saturday, November 21, 2009

Selamat Bercuti

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru SK Bukit Kemuning 2. Pihak sekolah menasihatkan agar sepanjang bercuti ini, berhati-hatilah apabila melakukan sesuatu aktiviti. Pastikan kamu semua tidak bermain air banjir ( jika balik kampung ). Jangan lakukan perkara atau aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan kamu dan orang lain.
Kepada yang pergi makan angin sama ada dalam negara atau luar negara, nikmatilah percutian dan bergembiralah bersama keluarga...

Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 telah diumumkan oleh En. Mohd Walid B. Mohd Ibrahim ( GPK Kurikulum ) pada 19/11/2009 jam 11.30 pagi.
Pada tahun ini, seramai 33 orang telah mendapat 5A. Peratus lulus secara keseluruhan telah meningkat kepada 87.4%.
Tahniah buat semua......U all is the best!

Thursday, November 19, 2009

Hari Penyampaian Hadiah 2009

Pihak sekolah telah mengadakan majlis Hari Penyampaian hadiah pada 19 November 2009 9 Khamis ) di dewan Terbuka. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-akademik. Hampir 100 orang murid menerima hadiah di atas kecemerlangan masing-masing.

Wednesday, November 18, 2009

Majlis Graduasi Tahun 6 2009



Majlis Graduasi Tahun 6 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 10 November 2009 di Dewan Terbuka, SK Bukit Kemuning 2. Majlis ini diadakan sebagai simbol bahawa murid Tahun 6 telah tamat belajar di SK Bukit Kemuning 2.
Majlis ini bermula jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Puan Zaharah Bt. Hassan ( Guru Besar ) telah sudi menyampaikan sijil tamat persekolahan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Puan Mimi Nurliana Lim Bt. Abdullah.

Monday, November 9, 2009

Minggu Kokurikulum 2009

Minggu Kokurikulum dijalankan mulai 9 November 2009 hingga 13 November 2009. Banyak acara suka akan dijalankan seperti perlawanan bolasepak, bola jaring, sukaneka dan lain-lain lagi.
Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 digalakkan menyertai aktiviti sepanjang minggu kokurikulum.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ajukan pertanyaan kepada Cikgu Norazman.

Trip Ke Genting Highland




Pihak Sekolah di bawah Unit Bimbingan & kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting Highland pada 7 November 2009 ( Sabtu ).
Seramai 120 orang murid Tahun 4,5 dan 6 di iringi 12 orang guru telah menyertai lawatan ini. Dalam lawatan ini, semua peserta menikmati permainan outdoor dan indoor Taman Tema, percuma coklat dari Berry's Chocolate, Lawatan ke bilik pameran "Ripley's believe it or not"dan Snow World.