Friday, July 31, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur



Panitia Sains dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan lawatan ke KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2009. Seramai 85 orang murid Tahun 3 & 4 telah menyertai program ini.

Tuesday, July 28, 2009

Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR 2009

Teknik menjawab Bahasa Inggeris telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Dewan SK Bukit Kemuning 2. Program ini bermula pada jam 2.00 petang hinggan jam 4.30 petang. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir. Pihak sekolah menjemput Pn. Manisah dari SK Sri Muda, Shah Alam untuk memberi ceramah. Beliau adalah guru yang amat berpengalaman dan selalu terlibat dengan penggubalan modul mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Monday, July 20, 2009

Pelancaran Safetython 2009

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2 dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan kempen keselamatan jalanraya peringkat sekolah pada 23 Julai 2009 (Khamis) nanti. Program ini yang dinamakan Safetython akan dirasmikan oleh Dato' Suresh Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Majlis akan dimulakan pada jam 11 pagi. Oleh itu, semua dijemput hadir ke majlis tersebut.

Saturday, July 18, 2009

Minggu HEM





MInggu Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah diadakan pada 13 Julai 2009 hingga 17 Julai 2009.Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang minggu Unit HEM seperti :

Senamrobik- dijalankan setiap pagi bermula jam 7.30 - 7.40 pagi. Aktiviti ini dibawah kelolaan unit kesihatan.

Kutipan Syilling Tabung MAKNA ( Majlis Kanser Nasional )- dilancarkan pada 13 Julai. Murid digalakkan menderma seikhlas hati untuk tabung ini. Program ini dibawah seliaan unit kebajikan.

Ceramah Penjagaan Kesihatan - dijalankan pada hari Rabu, 15 Julai 2009 jam 8.30 pg hinggan 9.40 pagi. Penceramah jemputan dari syarikat Kao Feather iaitu Pn. Azni telah dijemput untuk memberi penerangan khas penjagaan kesihatan untuk murid perempuan Tahun 4 dan 5. Tahun 6 dikecualikan kerana menghadapi peperiksaan. Aktiviti ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.

Ceramah Pencegahan Jenayah dan pameran kemalangan jalanraya telah diadakan pada hari Khamis, 16 Julai 2009. Ceramah diadakan di tempat perhimpunan dan pameran diadakan di dewan terbuka. Semua murid terlibat dalam program ini. Program ini dikendalikan oleh unit Disiplin.

Pertandingan Buku Cantik - dikendalikan oleh unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari Selasa, 14 Julai 2009. Buku yang tercantik dan kemas akan dipilih sebagai pemenang.

Pertandingan Membina model makanan berkhasiat - diadakan pada 17 Julai, khamis. Pertandingan ini dikendalikan oleh unit kantin.

Latihan kecemasan - diadakan pada 17 Julai 2009, Jumaat. Latihan ini dikendalikan oleh unit keselamatan.

Wednesday, July 15, 2009

Pecutan Akhir UPSR 2009 & Perjumpaan Ibu Bapa






Pihak sekolah mengadakan program Pecutan Akhir UPSR 2009 dan juga perjumpaan ibu bapa murid Tahun 6 pada 11 Julai 2009 ( Sabtu ) yang lalu.
Dalam program Pecutan Akhir UPSR 2009, En. Mohd Ibrahim B.Mohd Walid, GPK Kurikulum telah memberi ceramah motivasi kepada murid Tahun 6. Tujuannya ialah untuk murid Tahun 6 berada di landasan untuk menghadapi peperiksaan UPSR 200 nanti.
Dalam perjumpaan dengan ibu bapa, pihak sekolah menerangkan perjalanan aktiviti bagi murid Tahun 6 sebelum peperiksaan UPSR 2009. Beberapa aktiviti telah dirancang seperti Gerak Gempur, Bacaan Yaasin dan solat hajat setiap hari jumaat, kelas tambahan, program mohon restu dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, semua murid Tahun 6 yang hadir telah melafazkan ikrar untuk cemerlang di dalam UPSR 2009 dihadapan ibu bapa mereka sendiri.

Monday, July 13, 2009

Teknik Menjawab Matematik UPSR 2009

Pihak sekolah akan mengadakan teknik menjawab Matematik UPSR 2009 pada 14 Julai 2009 ( Selasa ). Program akan bermula pada jam 2 petang hingga 4.30 petang. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir.