Sunday, June 28, 2009

Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR 2009

Pihak sekolah akan mengadakan Program Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR 2009 pada 30 Jun 2009 ( Selasa) jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan terakhir tentang cara menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR nanti. Pihak sekolah telah menjemput penceramah luar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Bahasa Melayu dan juga merupakan penanda kertas peperiksaan Bahasa Melayu UPSR setiap tahun.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari Selasa pada waktu ko-kurikulum. Oleh itu, semua murid Tahun 6 akan dikecualikan dari menghadiri ko-kurikulum.

* Terima kasih atas komen-komen dari pengunjung blog ini. Jika ada pandangan atau mahu kongsi idea, anda boleh email kepada saya melalui kaunselingskbk2@yahoo.com.

Thursday, June 25, 2009

Persekolahan Hari Sabtu

Pada 27 Jun 2009 ( Sabtu ) adalah hari persekolahan bagi murid SK Bukit Kemuning (2). Persekolahan mengikut jadual hari Jumaat. Ini adalah untuk menggantikan cuti Hari Raya nanti.
Diharap semua murid dapat menghadirkan diri pada 27 Jun 2009.


*Nota tambahan : Surat berkaitan pembayaran operasi sekolah dan hari bertemu pelangan telah pun diedarkan kepada semua murid sebelum 19 Jun 2009.

Sunday, June 21, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform 2009






Unit Beruniform telah mengadakan Perkhemahan Tahunan di Kem Ezzhar, Morib pada 19 - 21 Jun 2009. Seramai 80 orang peserta dari setiap unit uniform menyertai perkhemahan tersebut. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memberi kenyakinan dan juga mengenalpasti kemahiran yang telah dipelajari dapat dipraktikkan semasa perkhemahan.

Hari Bersama Pelanggan & Bayaran Operasi Sekolah 2009



Pihak sekolah telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan (Ibu Bapa) dan bayaran operasi sekolah 2009 pada 19 Jun 2009 ( Jumaat ) bermula ja 8 pagi hingga 11 pagi. Ramai ibu bapa hadir untuk berbincang dengan guru dan menerima rekod profil peperiksaan pertengahan tahun lalu.
Ramai ibu bapa juga membuat pembayaran operasi sekolah bagi sesi 2009.

Monday, June 15, 2009

Pentas Baru.


Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Bukit Kemuning (2) telah menyiapkan sebuah pentas di Dewan Terbuka pada masa cuti baru-baru ini. Dengan adanya pentas baru ini, pelbagai aktiviti akan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga pentas ini agar ianya sentiasa bersih dan cantik.

Monday, June 8, 2009

Lawatan Ke Kuala Lumpur

Panitia Pendidikan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke PetroSains,Aquaria (KLCC), Muzium Polis dan Muzium Negara pada 22 Julai 2009. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Lawatan ini hanya terbuka untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja. Jumlah peserta lawatan ialah seramai 80 orang sahaja. Oleh itu, pihak sekolah akan mengutamakan "siapa cepat dia dapat". Untuk penerangan lebih lanjut sila berhubung dengan Cikgu Siti Syahirah atau Cikgu Azmirudin selepas cuti persekolahan nanti.