Sunday, April 26, 2009

Hari Sukan 2009





Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2) 2009 telah diadakan dengan jayanya pada 25 April 2009 ( Sabtu ). Perasmian dilakukan oleh Puan Zaharah Bt. Hassan, Guru Besar SK Bukit Kemuning (2). Beberapa acara balapan telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya lari 100m, Lari 80m, Lari 200m, Lari 4x50m, 4x100m. Pertandingan tarik tali peringkat akhir juga diadakan di akhir kejohanan. Rumah Kuning telah muncul sebagai juara keseluruhan pada kejohanan kali ini. Kejohanan berakhir pada jam 1.30 petang. Tahniah kepada yang berjaya memenangi pingat dan yang kurang berjaya, cuba lagi di tahun 2010.

Tuesday, April 21, 2009

Hari Sukan 2009

Hari Sukan sekolah akan diadakan pada 25 April 2009 ( Sabtu ). Oleh itu semua ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan tersebut. Acara untuk ibu bapa juga diadakan pada hari tersebut. Bermula pada minggu ini, beberapa acara telah pun dijalankan seperti pertandingan lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan beberapa acara balapan.

Friday, April 10, 2009

Pembatalan Sesi Mengambil Gambar Kelas

Sesi Pengambilan gambar kelas terpaksa dibatalkan pada minggu hadapan kerana ada beberapa perkara yang perlu diutamakan dahulu. Sesi pengambilan gambar akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami memohon maaf atas pembatalan sesi pengambilan gambar ini.

Wednesday, April 8, 2009

Sesi Pengambilan Gambar Kelas


Pada minggu hadapan, sesi pengambilan gambar kelas akan diadakan. Untuk Tahun 1,2 dan 3 sesi pengambilan gambar akan dibuat pada hari Selasa dan Pada hari Rabu untuk Tahun 4,5 dan 6. Pengambilan gambar akan dilakukan oleh Cikgu Azmirudin. Diharap semua murid dapat menghadirkan diri pada minggu hadapan. Murid boleh membuat tempahan gambar tersebut melalui guru kelas masing-masing dengan bayaran RM1 sekeping.

Ujian Kali ke-2

Pada minggu ini, ujian kali ke-2 akan bermula pada 7 April hingga 9 April 2009. Jadual ujian kali ke-2 ini telah pun dimaklumkan kepada semua murid. Diharap semua murid sentiasa membuat ulangkaji. Semoga Berjaya.