Wednesday, November 19, 2008

Cuti Akhir Tahun 2008

19 Nov.08
Cuti Akhir Tahun 2008 akan bermula dari 15 November 2008 hingga 4 Januari 2009. Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT BERCUTI" kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 dan diharap semua warga SK Bukit Kemuning 2 akan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri semasa cuti.
Walaupun sesi persekolahan telah berakhir tetapi semua guru dikehendaki hadir pada minggu pertama cuti untuk menyiapkan beberapa kerja atau tugasan yang belum lengkap. Semua guru juga dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 1 minggu terakhir cuti untuk membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2009.
Ibu-bapa juga dinasihatkan supaya membuat persediaan awal untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah-masalah semasa awal persekolahan. Ibu bapa digalakkan membeli buku latihan di kedai sekolah pada awal Disember. Ini untuk mengelak berlakunya kesesakan semasa hari pertama persekolahan.
Jika terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi pihak sekolah di talian 03-51227124 pada waktu pejabat.
Selamat Bercuti dan jumpa lagi di tahun 2009.

Thursday, November 13, 2008

Keputusan UPSR 2008













13 Nov.08




CONGRATULATIONS!!! kepada 55 orang murid Tahun 6 kerana cemerlang didalam peperiksaan UPSR 2008 dengan mendapat 5A. Pada tahun ini, bilangan murid mendapat 5A telah meningkat kepada 55 orang berbanding tahun 2007 iaitu seramai 29 orang sahaja. Ini adalah satu pencapaian yang cemerlang bagi murid Tahun 6 dan juga bagi pihak sekolah. TERIMA KASIH kepada semua guru terutama sekali guru yang mengajar Tahun 6 yang berusaha meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini. Tiada kecemerlangan tanpa usaha dan pengorbanan semua pihak.




Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya, pastikan PMR nanti anda mencapai kecemerlangan seperti kawan-kawan anda hari ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008











13 Nov.08




Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Majlis ini diadakan untuk menghargai murid-murid yang cemerlang di dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2008.




Majlis Graduasi Pra Sekolah juga diadakan sebagai tanda bahawa murid pra sekolah telah berjaya menamatkan persekolah awal kanak-kanak di Pra Sekolah sebelum memasuki Tahun 1.




Ramai ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk hadir dan memberi sokongan terhadap anak-anak mereka. Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan.

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Graduasi Tahun 6











12 Nov.08




Majlis Graduasi Tahun 6 bagi kali pertama telah diadakan pada 10/11/08, bertempat di Dataran Perhimpunan SK Bukit Kemuning 2. Seramai 159 orang murid Tahun 6 telah hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula jam 8 malam dan tamat pada jam 10.30 malam. Tujuan majlis graduasi ini diadakan adalah untuk menghargai murid Tahun 6 dan juga sebagai majlis perpisahan alam sekolah rendah ke sekolah menengah.




Yang DiPertua PIBG, Pn. Mimi Nurliana Lim Bt. Abdullah telah diberi penghargaan untuk menyampaikan sijil tamat persekolahan kepada murid Tahun 6. Majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan. Majlis disudahi dengan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Thursday, November 6, 2008

Lawatan Sambil Belajar







6 Nov. 08



Satu siri lawatan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 5 dan 6 Nov. 08. Seramai 160 orang murid Tahun 3 dan 4 bersama 16 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Lawatan ini terbuka kepada murid Tahun 3 dan 4 sahaja. Lawatan ini dianjurkan oleh Panitia Sivik SK Bukit Kemuning 2.



Peserta lawatan melawat tempat-tempat menarik seperti Aquaria KLCC, Petrosains KLCC, Muzium Telekom dan Muzium Polis. Banyak pengetahuan yang baru yang didapati ketika lawatan ini. Diharap semua warga SK Bukit Kemuning 2 sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid.